Echo, seekor anak ikan lumba-lumba, lebih asyik meneroka terumbu karangnya yang menakjubkan dan penghuninya yang menarik, berbanding belajar untuk terus hidup. Namun, pengajaran daripada ibunya, Kumu, dan keluarganya, serta beberapa detik cemas berdepan pemangsa lautan terhebat, mungkin akan mendorong Echo untuk menguasai peranan pentingnya dalam komuniti marin.
Dolphin Reef
BUTIRAN
Echo, seekor dolfin hidung botol Pasifik muda, lebih gemar meneroka terumbu karangnya yang indah dan penghuninya yang menarik berbanding belajar untuk terus hidup. Dia tidak sedar bahawa tidak lama lagi, dia akan memainkan peranan penting untuk kemandiriannya dan kelangsungan kota hidupan berwarna-warni yang dipanggil rumah. Terumbu karang ialah ekosistem seimbang di mana setiap hidupan menyumbang: daripada jutaan tumbuhan dan makhluk di karang, kepada ikan yang memakannya, hinggalah pemangsa seperti Echo yang mengawal populasi ikan.
Pada usia tiga tahun, Echo bergantung sepenuhnya pada ibunya, Kumu. Kini tiba masanya untuk dia belajar berdikari dan mencari makanan sendiri. Namun, Echo yang suka bermain sering mengabaikan ajaran ibunya. Dia lebih suka mengimbangi cengkerang pada muncungnya atau menyiasat penghuni terumbu yang menarik seperti udang sentadu merak atau ikan kakaktua kepala benjol dengan wajahnya yang unik. Dia juga terpesona dengan ikan paus kelasa sepanjang 40 kaki dan anaknya yang baru lahir.
Apabila semakin berdikari, Echo mendapati lautan biru menyimpan bahaya, walaupun untuk makhluk gergasi. Kumpulannya mesti tidur dengan sebelah mata terbuka kerana pemburu terhebat lautan, orka, berada berdekatan. Gergasi hitam putih ini memburu dolfin dan anak ikan paus. Bahaya lain termasuk ikan pari gergasi dengan ekor berbisanya dan jerung harimau yang digeruni.
Tetapi mereka kuat apabila bersama. Echo dan kumpulannya saling bergantung demi keselamatan. Mereka ialah komuniti erat yang berkomunikasi melalui decit dan klik. Kunci kemandirian mereka ialah kerja berpasukan. Kumu berazam menjadikan Echo ahli pasukan yang menyumbang dan menggalakkannya menggunakan ekolokasi, sejenis sonar canggih, untuk mencari ikan. Kini, tiba masanya untuk kelas terulung. Ibu dan anak ini mengembara ke kawasan memburu kegemaran mereka, di mana Kumu akan mengajar Echo teknik laju untuk memerangkap ikan. Jika Echo berjaya, dia akan menjadi ahli kumpulannya yang berdikari dan dihargai, sekali gus menyumbang kepada kesihatan terumbu karang dan lautan dunia.
- Durasi:
- 1 j 18 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2018
- Genre:
- Dokumentari,
- Haiwan & Alam Semula Jadi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Keith Scholey
- Dibintangi:
- Natalie Portman