Elephant
Elephant
G
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20201 j 29 m
Dokumentari, Haiwan & Alam Semula Jadi

Gajah Afrika, Shani dan anaknya yang lincah, Jomo, memulakan perjalanan epik bersama kawanan mereka merentasi ratusan batu di Gurun Kalahari, dari delta Okavango ke Sungai Zambezi. Diketuai oleh ketua betina agung mereka, Gaia, keluarga ini berdepan bahang terik, sumber yang kian menyusut dan pemangsa yang sentiasa mengancam, sambil mengikut jejak nenek moyang mereka dalam misi untuk tiba di sebuah syurga.

Elephant

BUTIRAN


Gajah Afrika, Shani dan anaknya yang lincah, Jomo, memulakan perjalanan epik bersama kawanan mereka. Mereka meredah ratusan batu melintasi Gurun Kalahari yang luas, dari delta Okavango ke Sungai Zambezi, mengikut jejak nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Shani dan keluarganya antara gajah terakhir di bumi yang melakukan penghijrahan jauh ini. Dia ibu kepada Jomo yang berusia setahun dan penuh rasa ingin tahu. Pada usia 40 tahun, Shani bakal menjadi ketua kawanan, menggantikan kakaknya, Gaia.



Kawanan Gaia antara spesies yang tak terkira banyaknya, daripada badak air ke babun, yang bergantung pada air pemberi nyawa yang mengubah padang pasir menjadi oasis hijau yang dikenali sebagai delta Okavango. Tetapi musim akan berakhir dan air semakin surut. Syurga ini akan bertukar menjadi debu. Gaia tahu dia mesti memimpin kawanannya meredah Gurun Kalahari yang membakar sebelum lopak air yang tinggal mengering.



Kejayaan mereka bergantung pada pengalaman dan kebijaksanaan Gaia, yang diwarisi turun-temurun. Ingatan gajah yang kuat menjadi kunci kelangsungan hidup mereka. Gaia akan membawa keluarganya menyusuri laluan gajah purba, iaitu rangkaian laluan dan bulatan lopak air yang amat diperlukan untuk menyeberangi gurun yang luas. Sepanjang perjalanan, mereka mencari makanan daripada sumber seperti daun mopane yang kaya dengan lembapan dan batang pokok baobab yang berisi air hujan.



Apabila menghampiri destinasi, kawanan ini mesti menyeberangi Sungai Zambezi yang deras untuk sampai ke tempat selamat yang dicari. Mereka mesti memasuki kawasan cetek, tempat buaya mengintai anak gajah seperti Jomo, dan melawan arus ganas yang boleh menghanyutkan mereka ke air terjun terhebat di dunia, Air Terjun Victoria. Mujurlah, kawanan ini mempunyai kekuatan untuk berjaya dan dapat berehat sambil menikmati air tanpa had dan buah palma.



Tetapi dalam beberapa bulan, makanan menjadi sukar dicari dan air mula mengalir kembali ke delta Okavango. Keluarga ini mesti merentasi belantara Afrika sekali lagi. Perjalanan pulang bukan mudah kerana air banjir Angola tiba lebih awal tahun ini dan mereka perlu bergerak pantas. Namun, ikatan emosi antara gajah sekuat ikatan manusia, dan kekuatan keluargalah yang membawa mereka sejauh ini. Bersama-sama, Gaia, Shani, Jomo dan keluarga mereka berani mengambil jalan pintas... melalui kawasan singa.

Durasi:
1 j 29 m
Tarikh Pelancaran:
2020
Genre:
Dokumentari,
Haiwan & Alam Semula Jadi
Klasifikasi:
G
Pengarah:
Mark Linfield
Dibintangi:
Meghan, The Duchess of Sussex

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Dolphin Reef
  • thumbnail - Penguins
  • thumbnail - African Cats
  • thumbnail - Chimpanzee
  • thumbnail - Bears
  • thumbnail - Born in China
  • thumbnail - Monkey Kingdom
  • thumbnail - Crimson Wing