Ikuti perjalanan intergalaksi bersama pelakon dan kru "The Marvels" sambil mereka berkongsi pengalaman menghasilkan filem yang pelik namun menakjubkan ini. Selami setiap jabatan produksi dan saksikan bagaimana mereka mencipta babak pertarungan kompleks, makhluk asing, dan set penggambaran paling rumit pernah dibina. Daripada pesta tari hingga ke hari-hari si comel anak kucing, proses pembikinan filem ini penuh dengan kenangan indah. Temui segalanya dalam Assembled: The Making of The Marvels.
Assembled: The Making of The Marvels
BUTIRAN
Ikuti pengembaraan intergalaksi ke dalam dunia pembikinan The Marvels oleh Marvel Studios. Sertai Penulis Bersama/Pengarah Nia DaCosta serta barisan pelakon dan kru ketika mereka berkongsi pengalaman membawakan filem yang unik, pelik, dan menakjubkan ini ke layar. Ketahui bagaimana konsep keterlibatan ini membuka peluang yang mengujakan serta cabaran yang luar biasa buat para pembikin filem. Selami pelbagai bahagian produksi dan lihat bagaimana pasukan rekaan mencipta set berskala besar 360 darjah, makhluk asing dalam jumlah yang tidak terkira, dan salah satu set LED paling rumit yang pernah dibina. Saksikan bagaimana pasukan aksi lagak ngeri memanfaatkan pertukaran watak untuk menghasilkan babak pertarungan paling kompleks dalam sejarah MCU. Ikuti juga komposer Laura Karpman dalam eksperimennya mencipta skor muzik yang penuh nuansa. Daripada pesta tari hingga ke har-harii anak kucing, seluruh kru dan pelakon menikmati pengalaman yang takkan dilupakan ketika menghasilkan The Marvels. Terokai semuanya dalam Assembled: The Making of The Marvels.
- Durasi:
- 59 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Dokumentari
- Klasifikasi: