Tahun 2067. Unit Bunyi Taktikal Walküre mempersembahkan lagu untuk meredakan Sindrom Vár, penyakit aneh yang menyebabkan manusia mengamuk. Sementara itu, Kesatria Udara, unit pejuang dari Kerajaan Windermere, mula bertindak. Sebuah kisah semangat berpasukan dan cinta yang merentasi sistem bintang mula terungkai.
Macross Delta
BUTIRAN
Tahun 2067, setengah abad selepas manusia memasuki galaksi dengan kapal imigran. Sindrom Vár, penyakit aneh yang menyebabkan manusia mengamuk, sedang berleluasa. Unit Bunyi Taktikal, Walküre, ditubuhkan sebagai langkah balas. Mereka mengembara dan membuat persembahan lagu untuk meredakan simptom Vár. Freyja, seorang gadis yang ingin menyertai Walküre, lari dari planet asalnya untuk uji bakat. Namun, dia terperangkap dalam rusuhan akibat wabak Vár dan diselamatkan oleh Hayate, seorang jejaka yang ditemuinya. Terpukau dengan persembahan Walküre di medan perang, Freyja turut menyanyi. Sementara itu, Kesatria Udara, unit pejuang dari kampung halaman Freyja di Kerajaan Windermere, mula bertindak. Misteri legasi Protoculture saling berkait, dan sebuah kisah kerjasama dan cinta yang merentasi sistem bintang pun bermula.
- Tarikh Pelancaran:
- 2016
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Muzik,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Yuma Uchida
- Minori Suzuki
- Asami Seto
- Ami Koshimizu
- Kiyono Yasuno
- Nao Toyama
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Prolog Medan Perang
Hayate bertemu Freyja, penumpang gelap. Mereka saksikan Walküre hentikan rusuhan.
M1:Ep2 Uji Bakat Kental
Freyja mengunjungi planet Ragna bersama Hayate untuk uji bakat terakhir Walküre.
M1:Ep3 Pertarungan Pusaran
Mirage dilantik sebagai jurulatih Hayate, tetapi Hayate langsung tidak mengendahkannya.
M1:Ep4 Pentas Debut Mengejutkan
Freyja gementar bersiap untuk konsert sulungnya. Sebelum persembahan, Mikumo menguji kesediaannya.
M1:Ep5 Tarian Rembulan
Musuh mereka ialah Windermere. Freyja disyaki sebagai pengintip, tetapi dia tetap ceria.
M1:Ep6 Beban Keputusan
Pesawat musuh membawa mangsa jangkitan Vár. Hayate menyasarkan sayap dan dimarahi Messer.
M1:Ep7 Di Belakang Barisan Musuh
Untuk menyiasat Windermere, Delta Flight dan Walküre cuba menyusup ke planet Voldor.
M1:Ep8 Gema Lepasan
Delta Flight bukan tandingan Aerial Knights. Hayate cuba melindungi Freyja, tetapi dia ditewaskan.
M1:Ep9 Had-had Tak Terkawal
Hayate dan Mirage tergamam apabila mengetahui Messer menyimpan satu rahsia semasa bertarung.
M1:Ep10 Kilat AXIA
Ragna sibuk dengan Pesta Obor-obor. Delta Flight dan Walküre berehat dan bersantai.
M1:Ep11 Kenangan Obor-obor
Luka parah akibat serangan jitu Keith membuatkan seluruh Skuad Delta tergamam.
M1:Ep12 Raja Angin
Windermere membangkitkan kapal perang purba perkasa. Xaos mengerahkan seluruh angkatan ke Ragna.
M1:Ep13 Selaman Bersemangat
Raja Grammier menghampiri Ragna di Sigur Berrentzs. Hayate dan pasukannya berjuang melindunginya.
M1:Ep14 Pelukan Hanyut
Bekalan kuasa kapal angkasa kini terancam. Hayate dan Mirage bergegas membaiki blok itu.
M1:Ep15 Resolusi Perpisahan
Heinz yang muda mewarisi takhta Kerajaan Windermere. Apakah yang ada dalam fikirannya?
M1:Ep16 Hari Jadi Enggan
Parti hari jadi ke-15 Freyja. Hayate pening kepala memikirkan hadiah untuknya.
M1:Ep17 Jangkitan di Pentas
Untuk memecahkan Domain Angin Windermere, runtuhan itu mesti disusupi. Apakah rancangan rahsia Xaos?
M1:Ep18 Kemunculan Makna
Aerial Knights menguji Sistem Protoculture. Kassim mendapat firasat buruk.
M1:Ep19 Lagu-lagu Abadi
Pasukan perubatan Xaos mengkuarantinkan Mikumo di atas kapal. Arad dan pasukannya tidak berdaya.
M1:Ep20 Eksperimen Impuls
Deria Hayate yang dipertingkatkan dianalisis melalui ujian resonans. Mikumo masih diasingkan.
M1:Ep21 Rahsia Diingini
Tertangkap menceroboh kapal perubatan, Kaname, Reina dan Makina mengimbas kembali kisah Walküre.
M1:Ep22 Keberanian Melampau
Untuk menembusi keretakan dimensi Windermere, Elysion melancarkan serangan balas satu titik.
M1:Ep23 Parut Rekuiem
Delta Flight dan Walküre ke Derwent, ibu kota Windermere, untuk musnahkan sistem yang dibangkitkan.
M1:Ep24 Penghakiman Maut
Hayate, Freyja dan Mirage jatuh ke tangan Aerial Knights. Mereka kini dibicarakan di Derwent.