Pada tahun 2059, penyanyi superstar Sheryl Nome tiba di Macross Frontier. Pada hari konsertnya, Ranka Lee yang mengidolakan Sheryl bertemu dengan calon juruterbang, Alto Saotome. Sebaik sahaja konsert bermula, Armada Frontier diserang oleh makhluk asing misteri yang dikenali sebagai Vajra.
Macross Frontier
BUTIRAN
Pada tahun 2059, armada penghijrahan Macross Frontier merentasi galaksi untuk mencari dunia baharu. Diva terkenal Sheryl Nome, si Pari-pari Galaksi, tiba untuk mengadakan konsert. Ranka Lee, seorang gadis sekolah menengah yang mengidolakannya, bergegas ke konsert tersebut dan terserempak dengan Alto Saotome, seorang pelatih juruterbang. Tiba-tiba, Armada Frontier diserang oleh makhluk asing misteri yang dipanggil Vajra. Kewujudan Vajra menjadi tanda tanya, dan nasib armada kini di ambang kemusnahan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2008
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Muzik,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Yuichi Nakamura
- Aya Endo
- Megumi Nakajima
- Hiroshi Kamiya
- Katsuyuki Konishi
- Soichiro Hoshi
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Pertemuan Dekat
Alto dan Ranka bertemu pada hari konsert Sheryl. Makhluk asing menyerang Frontier.
M1:Ep2 Kejar-mengejar Sengit
Alto pandu VF-25 untuk selamatkan Ranka dari Vajra. S.M.S muncul dan menyelamatkan mereka.
M1:Ep3 Ke Garisan
Alto bertemu semula dengan Ranka dan Sheryl. Vajra menyerang, dan mereka bertiga berlindung di kubu.
M1:Ep4 Cik Macross
Alto menyertai S.M.S. Sementara itu, Ranka terpilih untuk menyanyi di peringkat akhir Miss Macross.
M1:Ep5 Tarikh Bintang
Sheryl mengarahkan Alto mencari subangnya yang hilang. Dengan berat hati, dia pun membantu.
M1:Ep6 Selamat Tinggal, Sheryl
Ranka dilamar seorang penerbit. Rakan-rakannya gembira. Namun, Vajra menyerang Armada Galaxy.
M1:Ep7 Serangan Pertama
Kapal induk Vajra gergasi muncul di hadapan Alto dan unitnya, lalu menelan pesawat Luca.
M1:Ep8 Ratu Sekolah
Sheryl melawat Ranka di Akademi Mihoshi, mencetuskan huru-hara. Sesuatu miliknya pula dicuri.
M1:Ep9 Tembakan Rakan
Michael hampir menembak Alto dalam pertempuran, mencetuskan pergeseran antara mereka.
M1:Ep10 Legenda Sifar
Ranka dapat watak utama filem baharu selepas bintangnya kemalangan sebelum penggambaran.
M1:Ep11 Terlepas Hari Jadi
Ranka sibuk selepas filemnya. Sementara itu, abang Alto memberitahunya bahawa ayah mereka pengsan.
M1:Ep12 Penghantaran Terpantas
Sheryl jatuh sakit dan membatalkan persembahannya di Gallia 4, menyebabkan kaum Zentradi merusuh.
M1:Ep13 Memori Global
Alto dan Ranka terpaksa mendarat di Gallia 4 dan mula mencari, namun Ranka tiba-tiba diculik.
M1:Ep14 Dodoian Bonda
Kawanan Vajra meninggalkan Gallia 4 menuju Armada Frontier. Alto dan S.M.S bersiap untuk bertempur.
M1:Ep15 Damai Hilang
Grace merangka helah untuk menggunakan Ranka. Sheryl risau akan populariti Ranka yang kian melonjak.
M1:Ep16 Serangan Ranka
Ranka kini menjadi tumpuan hasil kerja Grace dan Mishima. Sheryl keluar hospital untuk menemui Alto.
M1:Ep17 Selamat Tinggal, Kakak
Pertunjukan sulung Ranka yang tertangguh disahkan, tetapi Vajra menyerang dan Ozma dikerahkan.
M1:Ep18 Lipatan Glamor
Sheryl menyuarakan rasa curiganya terhadap kelakuan Grace. Grace mendedahkan kebenaran yang pahit.
M1:Ep19 Pensegitiga
Armada Frontier dan rakyatnya meraikan kebebasan daripada ancaman Vajra.
M1:Ep20 Jurang Berlian
Gerombolan Vajra menyerang Armada Frontier sekali lagi, mengancam kehidupan penduduk di Pulau 1.
M1:Ep21 Biru Eter
Pertarungan Vajra berterusan, Armada dalam bahaya. Ranka membuat keputusan penting.
M1:Ep22 Salib Utara
Ozma dan Jeffery bongkar komplot Mishima, tinggalkan Armada Frontier dan tubuhkan unit pemberontak.
M1:Ep23 Permulaan Sejati
Ranka tiba di Planet Vajra. Dia guna lagu untuk berhubung dan hentikan perang menentang manusia.
M1:Ep24 Sempadan Terakhir
Ozma dan pasukannya berdepan Vajra dalam pertempuran penentu. Alto dan kawannya ke Planet Vajra.