Penunggang naga terhebat Upananta hilang di tengah pertempuran genting. Tanpanya, dunia akan musnah. Penunggang naga baharu, Thaim, mengembara untuk mencarinya di dunia lain: tempat di mana naga terbang dan pengembaraan hanya wujud dalam mimpi pelajar sekolah menengah, Nagi.
Dragons of Wonderhatch
BUTIRAN
Upananta, sebuah dunia fantasi dengan pulau terapung dan penunggang naga, kini di ambang kemusnahan. Pulau-pulau kian ranap dan kejahatan Jairo semakin berleluasa. Hanya wira agung, Aktha, yang mampu menyelamatkan dunia. Selepas Aktha hilang secara misteri, penunggang naga baharu, Thaim, berikrar untuk mencarinya. Pencarian Thaim membawanya ke dunia lain: sebuah tempat di mana naga terbang dan pengembaraan cuma wujud dalam mimpi seorang pelajar sekolah menengah, Nagi.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Anime Jepun,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Sena Nakajima
- Daiken Okudaira
- Mackenyu Arata
- Go Morita
- Rena Tanaka
- Rico Narumi
EPISOD
M1:Ep1 Pertarungan Akhir
Nagi asyik bermimpi tentang Upananta, dunia wira penunggang naga. Namun, wira itu sudah tiada.
M1:Ep2 Bilik Rahsia
Nagi berdepan situasi misteri ketika cuba merungkai rahsia di sebalik mimpinya.
M1:Ep3 Budak Lelaki yang Datang ke Yokosuka
Thaim mengembara ke dunia Nagi. Nagi menyertainya untuk mencari Aktha.
M1:Ep4 Sebuah Negara Baru
Kegembiraan bertemu semula dengan Aktha terhenti apabila Thaim terpaksa mencabarnya untuk berduel.
M1:Ep5 Pencipta
Nagi akhirnya tahu rahsia Upananta, sementara Thaim membongkar rahsia lain yang lebih maut.
M1:Ep6 Pulau Terbang
Detik pertemuan semula Nagi dengan ibunya yang mengharukan terbantut oleh penceroboh yang ganas.
M1:Ep7 Kebangkitan
Naga Thaim bangkit dengan kuasa baharu, manakala kuasa jahat Upananta mula bertransformasi.
M1:Ep8 Pintu ke Dunia
Thaim mesti ke KOTOWARI Purba untuk membongkar kebenaran dan menghentikan pencerobohan Pytonpyt.