"Tiger" daripada Disneynature menyingkap tabir haiwan paling dikagumi dan berkarisma di planet kita. Ikuti perjalanan Ambar, seekor ibu harimau muda yang membesarkan anak-anaknya di hutan legenda India. Anak-anaknya yang sentiasa ingin tahu, lasak dan kekok perlu banyak belajar daripada ibu mereka yang cekap, yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi mereka daripada ular sawa, beruang dan harimau jantan yang menceroboh.
Tiger
BUTIRAN
Dinarasikan oleh Priyanka Chopra Jonas, "Tiger" dari Disneynature menyingkap kehidupan haiwan paling dikagumi dan berkarisma di dunia. Sertai Ambar, seekor ibu harimau muda yang membesarkan anak-anaknya di hutan legenda India. Anak-anaknya yang ingin tahu, lasak dan kekok perlu banyak belajar daripada ibu mereka yang bijak, yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi mereka daripada ular sawa, beruang dan harimau jantan pemangsa. Diarahkan oleh Mark Linfield, diarahkan bersama oleh Vanessa Berlowitz dan Rob Sullivan, serta diterbitkan oleh Linfield, Berlowitz dan Roy Conli, "Tiger" ialah kemuncak hasil penggambaran selama 1,500 hari. Menggabungkan aksi pantas dengan detik-detik intim, filem cereka asli baharu Disneynature ini distrim di Disney+ bermula pada Hari Bumi, 22 April 2024.
- Durasi:
- 1 j 29 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Dokumentari,
- Haiwan & Alam Semula Jadi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Mark Linfield
- Dibintangi:
- Priyanka Chopra Jonas