Hezekiah Moscow, seorang pendatang Jamaica, terhumban ke dalam dunia jenayah di East End, London. Dia bertemu Mary Carr, Ratu kumpulan penjenayah wanita Forty Elephants, dan mencetuskan permusuhan dengan Sugar Goodson, peninju digeruni yang mengisytiharkan dirinya maharaja Wapping. Sedang kedua-dua lelaki itu berentap, Mary mengheret mereka ke dalam komplotnya untuk mengukuhkan masa depan dan takhtanya.
A Thousand Blows
BUTIRAN
Diilhamkan oleh kisah benar tentang perjuangan hidup di East End London yang kejam pada 1880-an. Pendatang dari Jamaica, Hezekiah Moscow, terjerumus ke dalam kancah jenayah dan arena tinju haram tanpa sarung tangan. Bakatnya menarik perhatian Mary Carr, Ratu Forty Elephants yang tersohor, yang mahu mengeksploitasi kemahirannya demi empayar jenayahnya. Sementara itu, peninju ganas yang mengisytiharkan diri sebagai maharaja Wapping, Sugar Goodson, bertekad untuk memusnahkan Hezekiah. Cita-cita Hezekiah untuk bertarung di West End mengancam segala yang telah dibina oleh Goodson.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025 – 2026
- Genre:
- Drama,
- Sejarah,
- Sukan,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Steven Knight
- Pelakon:
- Malachi Kirby
- Erin Doherty
- Stephen Graham
- Francis Lovehall
- James Nelson-Joyce
- Darci Shaw
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M2:Ep1 Episod 1
Hezekiah hilang seri, dan Sugar Goodson minum sampai mati.
M2:Ep2 Episod 2
Urusan London dengan Hezekiah belum selesai. Mary mula bertindak, dan pertempuran bakal meletus.
M2:Ep3 Episod 3
Pertarungan membawa padah yang dahsyat, dan Mary mendedahkan sekutu baharunya.
M2:Ep4 Episod 4
Malam pertarungan kembali. Sugar berdepan pilihan sukar, dan Sophie sedar dia perlukan bantuan Mary.
M2:Ep5 Episod 5
Sugar bersemuka dengan Treacle. Anak murid Hezekiah berdepan lawannya, nyawa Mary di hujung tanduk.
M2:Ep6 Episod 6
Apabila cengkaman Murtagh semakin kuat, keadaan menjadi genting bagi Hezekiah, Sugar dan Mary.