Lima sahabat karib, Uonderbois, terpaksa berpisah kerana La Vecchia, pemilik rumah mereka, mahu menjual kediaman mereka untuk mendapatkan patung Maradona. Apabila patung itu dicuri oleh idola mereka, Tonino Uonderboi, Munaciello baharu Napoli, bermulalah pengembaraan mereka di bawah tanah bandar itu untuk mencari harta karun misteri.
Wonderboys
BUTIRAN
Tahun Baharu bakal tiba di Napoli, tetapi geng Uonderbois – Aniello, Teresa, Gennaro, Raffaele dan Sasà – bakal kehilangan tempat tinggal. Mereka diusir oleh La Vecchia, yang mahu menukar rumah mereka dengan sebuah patung Maradona. Malangnya, patung itu dicuri oleh Munaciello baharu Napoli: Tonino Uonderboi, idola sebenar geng Uonderbois. Apabila Aniello menyelinap ke kawasan bawah tanah untuk mencari patung itu, rakan-rakannya yang setia mengikutnya. Maka bermulalah pemburuan harta karun yang penuh legenda, misteri dan penemuan menakjubkan. Sementara itu, La Vecchia dan konco-konconya turut mengekori mereka, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan patung itu dahulu.
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Serena Rossi
- Massimiliano Caiazzo
- Giordana Marengo
- Giovanni Esposito
- Ernesto Mahieux
- Francesco Di Leva
EPISOD
M1:Ep1 Munaciello Telah Kembali
Uonderbois mencari sebuah patung kecil misteri di bawah tanah Naples.
M1:Ep2 Persoalan Kimia
Uonderbois bekerjasama dengan Tonino, sementara konco-konco Nenek Tua sedang memburu mereka.
M1:Ep3 Wahai Buaya Raja
Kembara Uonderbois hampir tamat, tapi di vila Nino D'Angelo ada yang sedia membantu.
M1:Ep4 Cinta Sejati
La Vecchia mencari Clemente. Antonia, Tonino dan Uonderbois pula terperangkap di kawah sulfur.
M1:Ep5 Suara Sang Duyung
Ketika Tonino dan Antonia berada di Muzium Arkeologi, Uonderbois kembali dalam bahaya.
M1:Ep6 Malam yang Magis
Tahun Baharu menjelma, dan Uonderbois tahu pencarian harta karun mereka belum tamat.