Kawan baik Emma dan Camila mencipta lagu hit sekelip mata menerusi video untuk pertandingan bakat. Caranya? Seorang menyanyi, seorang lagi gerak bibir. Pada mulanya, ia helah yang sempurna untuk berkongsi muzik mereka, tetapi ia bertukar menjadi rahsia yang sukar disimpan dan mengancam persahabatan mereka yang sudah bertahun-tahun.
Playback: Una Somos Dos
BUTIRAN
Sahabat baik Camila dan Emma berkongsi impian untuk menjadi bintang muzik. Namun, ada halangan besar. Emma hilang kebolehan menyanyi selepas kematian ayahnya. Camila pula, walaupun bersuara emas, dilarang membuat persembahan oleh keluarganya kerana satu rahsia besar. Nekad, mereka menyertai pertandingan bakat "Gluzz, enciende tu voz" dengan satu helah: Emma membuat gerak bibir mengikut nyanyian Camila. Namun, kejayaan mereka dan persaingan dengan si ratu sekolah, Sasha, bakal membongkar rahsia mereka dan menguji persahabatan yang terjalin sekian lama.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Drama,
- Pendewasaan,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Andrés Lizarazo
- Dibintangi:
- Antonella Podestá
- Juli Castro
- Valen G
- Luis Roberto Guzman
- Catherine Fulop
- Valentino Petrilli
EPISOD
M1:Ep1 Jika inginkan sepenuh hati, pasti termakbul
Camila dan Emma sertai pertandingan muzik secara lip-sync. Mampukah persahabatan mereka bertahan?
M1:Ep2 Ini akan jadi sangat teruk
Gadis-gadis itu perlukan bantuan untuk kekal di Gluzz, sementara Cami membongkar rahsia ibu bapanya.
M1:Ep3 Saya perlu hapuskan Emma
Camila dan Emma cuai, dan akhirnya terdedah.
M1:Ep4 Semuanya sangat pelik
Camila merancang untuk membuka bilik rahsia, manakala Fabián menghampiri kebenaran tersembunyi Jole.
M1:Ep5 Bagaikan bola salji
Camila berhenti menyanyi. Emma pula nekad untuk berhenti dan membuat pendedahan umum.
M1:Ep6 Jadi… boleh saya kekal di Gluzz?
Persamaan muzik mungkin bawa maut, Sasha cari jalan balas dendam.
M1:Ep7 Cami… Jole Rivera ada iras ayah awak.
Cabaran baharu Gluzz diumumkan: menyanyikan semula lagu Jole Rivera.
M1:Ep8 S.E.P: Santi Dilarang
Albi tiba, Alejo menyorok, dan Santi terkeluar dari perlawanan gara-gara berita palsu.
M1:Ep9 Ayah awak Jole Rivera ke?
Camila mendedahkan rahsia terbesarnya kepada Emma.
M1:Ep10 Kamulah yang terbaik… untuk kalah
Emma dan Camila ada resipi kegagalan untuk kalah dalam Gluzz.
M1:Ep11 D.M.F: Dilarang Mendekati Fabián
Emma cuba tidak menonjol, tetapi kehadiran Fabián mengubah segalanya di Altamira High.
M1:Ep12 Saya nampak awak
Sambil Fénix siasat Emma, Santi cari penyelesaian tapi timbulkan masalah yang lebih besar.
M1:Ep13 Seseorang dengan suara begini
Emma dan Sasha bersatu demi Santi dan Capi... tapi rahsia mereka kini dalam bahaya.
M1:Ep14 Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama
Sasha hadapi kejutan, video Emma dan Camila tak berjalan lancar.
M1:Ep15 Bersama kita… Jole Rivera
Emma dan Camila menjauh dan Alejo membuat pertaruhan berisiko selepas pengakuan Fabián.
M1:Ep16 Saya tak nak buat ini lagi
Emma dan Camila memutuskan untuk bercakap benar, tetapi mereka mungkin terperangkap.
M1:Ep17 Dia main bibir
Coral melawat Alejo, Emma ragu-ragu, dan gadis-gadis itu bersendirian di majlis gala tanpa Toto.
M1:Ep18 Emma, "penyanyi
Selepas ditolak sekolah, Camila panggil Fabian, Andy temui sesuatu.
M1:Ep19 Tiket Emas
Tiket emas nampaknya lebih bersinar daripada persahabatan.
M1:Ep20 Gala Agung Akhir Gluzz
Camila dan Emma mara ke pusingan akhir Gluzz, tetapi harus mengejar impian masing-masing.