Geng The Full Monty kembali selepas 25 tahun, menukar kostum pentas dengan penculikan anjing, perlumbaan merpati dan satu situasi tebusan yang luar biasa. Usia Gaz mungkin meningkat, tapi akalnya masih sama. Kawan baiknya, Dave, pula enggan terjebak dengan kerenahnya lagi. Namun, apabila tragedi melanda, seluruh geng Monty perlu bersatu demi satu tujuan: memberi penghormatan kepada seorang rakan lama.
The Full Monty
BUTIRAN
Sudah 25 tahun sejak enam lelaki biasa mendedahkan segalanya dalam "The Full Monty". Dunia sudah banyak berubah, tetapi apa yang terjadi pada geng Monty? Gaz kini seorang datuk, tetapi perangainya masih tidak berubah. Dia masih penuh dengan rancangan gila-gila, dan anak perempuannya yang remaja pula mengikut jejak langkahnya. Dia masih berkawan baik dengan Dave—cuma mereka sedang bermasam muka. Dave pula menjalani hidup seperti biasa, setia pada isterinya Jean dan anjing mereka, Tallulah. Namun, Jean perlukan lebih daripada sekadar laporan harian Dave tentang latihan tandas Tallulah, apatah lagi kini dia seorang guru besar di sekolah yang sarat dengan masalah. Gerald yang sudah bersara keliru dengan dunia moden, tetapi Horse yang paling ketinggalan zaman. Apabila usahanya untuk bangkit semula gagal, geng Monty bersatu kembali untuk meraikan persahabatan mereka yang terjalin seumur hidup.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Simon Beaufoy
- Pelakon:
- Robert Carlyle
- Mark Addy
- Lesley Sharp
- Steve Huison
- Paul Barber
- Talitha Wing
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Naik Tahap
Bapa tak tentu arah, Gaz, menjadi rakan subahat apabila anak perempuannya, Destiny, ditimpa masalah.
M1:Ep2 Ekonomi Rantaian Bekalan
Dave membimbing seorang budak bermasalah untuk mengisi kekosongan dalam hidupnya.
M1:Ep3 Indahnya Kehidupan
Gaz, porter hospital, melampaui batas apabila membantu pesakit menyalakan semula kreativitinya.
M1:Ep4 Pulang
Demi meraih rasa hormat suaminya, Lomper mempertaruhkan segalanya untuk membuktikan kejayaannya.
M1:Ep5 Penempatan Semula
Seorang rakan tak dijangka membuka hati dan minda Darren kepada kemungkinan baharu.
M1:Ep6 Selamat Datang ke Pekerjaan Idaman Anda
Di saat putus harapan, Horse bangkit melawan.
M1:Ep7 Tiada Seorang Pun Ditinggalkan
Sesat di hutan, Jean menghadapi masalahnya dan membuat keputusan besar.
M1:Ep8 Bukan Bangunnya, Tetapi Bangkitnya
Geng Monty bersatu, sanggup melanggar undang-undang demi seorang sahabat.