"The Drop: A Snowfall Saga" mengisahkan Wanda Bell dan Leon Simmons di L.A. era 90-an, ketika rap Pantai Barat bangkit akibat kesan wabak dadah. Cita-cita, kesetiaan dan kelangsungan hidup bertembung apabila semua orang mempertaruhkan segalanya untuk membina sesuatu yang berkekalan.
The Drop: A Snowfall Saga
BUTIRAN
"The Drop: A Snowfall Saga" mengisahkan watak "Snowfall", Wanda Bell dan Leon Simmons, yang berjuang untuk mengubah nasib mereka di Los Angeles era 90-an. Di sana, kesan wabak dadah telah mencetuskan kebangkitan rap Pantai Barat. Wanda percaya muzik mampu mengubah budaya Amerika dan bertekad mengumpulkan sekumpulan genius untuk merealisasikan impian mereka. Untuk itu, dia mesti mengharungi dunia muzik dan politik jalanan yang berbahaya, melibatkan sepupunya, Lamar dan James Kinsey, serta mengejar penyanyi rap tempatan bermasalah, Artillery yang menjadi buruan pihak berkuasa. Latihan amali Wanda bersama Darryl "DG" Grant, bekas pengedar dadah yang kini pemilik syarikat rakaman, membuka banyak peluang. Namun, ia juga mengeruhkan hubungan antara Wanda dan Leon yang telah berikrar untuk meninggalkan dunia jalanan dan menebus kesilapannya melalui klinik guaman percumanya. Cita-cita, kesetiaan dan kelangsungan hidup bertembung apabila semua orang mempertaruhkan segalanya demi membina sesuatu yang berkekalan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Drama,
- Muzik,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Malcolm Spellman
- Pelakon:
- Gail Bean
- Isaiah John
- Asante Blackk
- Peyton Alex Smith
- Simmie Sims III
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Klik Pop
Wanda mahu menembusi arena rap L.A. yang sedang pesat.
M1:Ep2 Matirks Jalanan
Wanda mendapat pekerjaan baharu, tapi keganasan jalanan mengancam impiannya.
M1:Ep3 Kepentingan Keluarga
Wanda berbelah bahagi antara keluarga dan cita-citanya.
M1:Ep4 Dorongan Besar
Masalah dengan syarikat rakaman mendorong keluarga pemuzik ini mempertaruhkan rakaman baharu mereka.
M1:Ep5 Kepulangan
Demi menghentikan impian muzik Lamar, Gerty dan Big Daddy mengadakan satu pertemuan.
M1:Ep6 Luka Tembus
Bingung akibat pendedahan keluarga, Lamar berselisih faham dengan Wanda dan Artillery.
M1:Ep7 Setia atau Mati
Lamar berusaha memulihkan hubungan yang retak menerusi muzik.
M1:Ep8 Hercules
Wanda membuat pakatan yang mengejutkan dan tindakan yang berani demi masa depan mereka.