Dua sepupu berjuang dalam industri muzik Atlanta untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka.
Atlanta
BUTIRAN
Atlanta mengisahkan Earnest "Earn" Marks, seorang penyendiri yang pulang ke kampung halamannya di Atlanta, Georgia selepas berhenti dari Princeton. Setibanya di sana, dia mendapati sepupunya, Alfred, telah menjadi penyanyi rap terhangat di Atlanta. Siri ini mengikuti perjalanan mereka menaikkan nama dalam dunia rap Atlanta, di mana pandangan mereka yang berbeza tentang seni, komersial, kejayaan dan bangsa menjadikan usaha mereka bukan mudah.
Earn sangat bijak, tajam pemerhatian, tetapi hilang arah. Sebagai seorang milenial yang kecewa, dia bergelut untuk mencari hala tuju atau "jenama" dirinya dan merasakan hidup ini tidak pernah menyebelahinya. Dia sedar populariti mendadak Alfred di YouTube berpotensi mengubah hidup mereka berdua - jika dia dapat mengawal sikap sepupunya yang "buat dulu, fikir kemudian" dan membiasakan diri dengan Darius, rakan karib Alfred yang pelik, khayal dan mungkin seorang psikik. Sebagai pengurus Alfred, Earn mungkin akhirnya akan menemui sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2016 – 2018
- Genre:
- Drama,
- Komedi,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Donald Glover
- Pelakon:
- Brian Tyree Henry
- Donald Glover
- Zazie Beetz
- Lakeith Stanfield
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M2:Ep1 Lelaki Buaya
Mestilah Musim Merompak.
M2:Ep2 Gaya Ombak
Khas untuk semua scammer kad kredit di kelab malam ini.
M2:Ep3 Awek Poket Tebal
Earn sibuk cari duit. Tapi dia masih nampak sengkek habis.
M2:Ep4 Helen
Bila di luar bandar, orang putih ni lain macam perangainya.
M2:Ep5 Kedai Gunting
Pernah tak rasa nak potong rambut baru tapi tukang gunting kau asyik buat hal?
M2:Ep6 Teddy Perkins
Darius buat hal kali ni.
M2:Ep7 Papi Mewah
Malam ni kita enjoy sakan
M2:Ep8 Hutan
Kenapa Paper Boi asyik nak angin je? Dia kaya, kan?
M2:Ep9 Di Utara Sempadan
Kita mungkin kena bertindak malam ini.
M2:Ep10 Fubu
Budak-budak sekarang mana tahu pasal benda ni.
M2:Ep11 Ketam dalam Tong
Kadang-kadang, ke mana duit pergi, ke situlah kita.