Kehidupan normal keluarga D'Amelio berubah sekelip mata apabila mereka menjadi tumpuan Hollywood. Kini, mereka berdepan cabaran dan peluang yang tak pernah terbayang. Charli, Dixie, Heidi dan Marc berusaha untuk kekal erat sambil menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu mereka.
The D'Amelio Show
BUTIRAN
Daripada kehidupan biasa, keluarga D'Amelio tiba-tiba menjadi tumpuan Hollywood. Kini mereka berdepan cabaran dan peluang yang tidak pernah terbayang. Pada usia 16 tahun, Charli menjadi bintang terbesar TikTok dengan lebih 150 juta pengikut dalam masa kurang setahun. Dunia kini di genggamannya, namun dia perlu mengimbangi kemasyhuran dengan keluarga, tarian, cinta, rakan baharu di LA dan kritikan dalam talian. Kakaknya, Dixie, 19, juga mengecapi kemasyhuran dengan lebih 80 juta pengikut dan kerjaya muzik yang kian menyinar. Bagi ibu bapa mereka, Heidi dan Marc, membesarkan anak remaja kini lebih mencabar. Mereka perlu menyokong impian anak-anak, melindungi mereka daripada sisi gelap dunia glamor dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di Hollywood.
- Tarikh Pelancaran:
- 2021 – 2022
- Genre:
- Realiti
- Klasifikasi:
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M2:Ep1 Tempat untuk Bermula
Charli memikirkan bidang baru, sementara Dixie bersiap sedia untuk kembara pertamanya
M2:Ep2 Masa Hidupku
Dixie akhirnya mendapat perhatian dalam kembara. Charli juga memasuki bidang nyanyian
M2:Ep3 Menghadapi Putus Cinta
Keluarga ini membuat keputusan besar tentang masa depan.
M2:Ep4 Kakak Gila Glamor
Dixie rindukan Noah. Marc dan Heidi berbincang untuk merahsiakan muzik Charli daripada Dixie.
M2:Ep5 Drama Awam
Kepulangan ke Connecticut mencetuskan pelbagai emosi buat Dixie dan Charli.
M2:Ep6 Sesuatu Tak Kena
Charli dapat watak utama dalam filem seram. Dixie dan Noah membuat keputusan besar.
M2:Ep7 Charli Menipu Saya
Rahsia muzik Charli terbongkar dan keluarganya perlu menangani akibatnya.
M2:Ep8 Di Saat Terbaik dan Terburukmu
Noah dan Dixie bertengkar. Keluarga mereka pula membawa masalah sendiri ke Vegas.
M2:Ep9 Melebih-lebih Pula
Charli kembali ke studio. Dixie bersiap untuk pelancaran album dan jelajahnya.
M2:Ep10 Musim Ini Penuh Pasang Surut
Charli dan kawan lelaki baharunya dilanda khabar angin pedas. Keresahan mengancam usaha Dixie.