Pada era 90-an, Eddie, seorang budak 11 tahun yang gilakan hip-hop, baru berpindah ke pinggir bandar Orlando dari Chinatown, DC bersama ibu bapanya. Keluarga imigran ini mengalami kejutan budaya dalam komedi tentang mengejar Impian Amerika. "Fresh Off the Boat" diadaptasi daripada memoir Chef Eddie Huang, Fresh Off the Boat.
Fresh Off the Boat
BUTIRAN
Pada tahun 1995, peminat hip-hop berusia 11 tahun, Eddie Huang dan keluarganya berpindah dari Washington, DC ke Orlando, Florida. Ayahnya, Louis, dengan bangganya membuka restoran steik ala Amerika "Cattleman's Ranch". Namun, Louis merahsiakan hakikat bahawa perniagaannya tidak semaju yang dijanjikan kepada isterinya, Jessica. Hari pertama Eddie di sekolah agak sukar, gara-gara bekal makanan Asianya dan rakan sekelas yang kebanyakannya berkulit putih. Namun, dia tidak patah semangat dan merangka Rancangan Tiga Langkah: "Pertama, dapatkan tempat. Kedua, jumpa Shaq. Ketiga, ubah keadaan... mungkin dengan bantuan Shaq". Untuk memulakan rancangannya, dia hanya perlukan "bekal orang putih". Sementara itu, Louis percaya kunci masalah perniagaannya ialah dengan mengupah Mitch, seorang penyambut tetamu berkulit putih. Eddie bakal sedar bahawa walaupun dia berasa keseorangan, dia sentiasa disayangi dan disokong oleh keluarganya... dan dia tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain untuk diterima.
- Tarikh Pelancaran:
- 2015 – 2019
- Genre:
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Randall Park
- Constance Wu
- Hudson Yang
- Forrest Wheeler
- Ian Chen
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M6:Ep1 Bantuan Tidak Diingini
Seseorang perlu beri Evan "ceramah". Jessica dan Honey pula belajar erti sebenar kawan baik.
M6:Ep2 Kolej
Y2K semakin hampir dan segalanya bakal berubah, terutamanya untuk Eddie selepas lawatan kolejnya.
M6:Ep3 Budak-budak Nenek
Taufan Gene datang untuk... menolong?
M6:Ep4 Dikongkong
Adakah dunia Eddie akan musnah apabila Jessica akhirnya bertemu Tina?
M6:Ep5 Ha-lo-win
Eddie dah nak masuk kolej (mungkin), dan adik-beradik Huang mahu kostum kumpulan yang semua setuju.
M6:Ep6 Taman Berangan
Matthew Chestnut kembali ke Cattleman’s Ranch, dan Jessica, Eddie serta Trent bantu menewaskannya.
M6:Ep7 Praktikum?! / Latihan Praktikal?
Apabila Evan mula berkelakuan seperti remaja tingkatan dua, Jessica bimbang akan masa depannya.
M6:Ep8 TMI: Terlalu Banyak Integriti
Ibu bapa Huang mahu membawa perubahan besar kepada rakan dan keluarga.
M6:Ep9 Lou Mahu Jadi Jutawan
Louis mula berangan-angan untuk mewariskan Cattleman’s Ranch kepada Eddie.
M6:Ep10 Jessica Town
Tiba musim Krismas, masa Jessica mengambil alih urusan rumah tangga dan semuanya serba sempurna.
M6:Ep11 Satu Tempat di Meja
Berkat nasihat bisnes Louis, Jessica dapat kerja idamannya sebagai dekan sekolah swasta.
M6:Ep12 Motor Inn Ajaib
Untuk menjuarai pertandingan eja negeri, Evan mendapat tunjuk ajar daripada bekas johan, Simryn.
M6:Ep13 Ibu dan Saya
Jessica pening kepala dengan Evan yang patah hati dan mahu sentiasa berkepit dengannya.
M6:Ep14 Van Keluarga
Apabila van keluarga rosak teruk, Jessica dan Louis masing-masing menangani kehilangan itu.
M6:Ep15 Konvokesyen
Jessica bergelut dengan masa depannya, manakala anak-anak lelakinya mula menemui matlamat mereka.