"DIRECTOR BY NIGHT" mengisahkan dua beradik pemenang Anugerah Akademi® dengan cara penceritaan yang berbeza. Komposer filem terkenal, Michael Giacchino, mengorak langkah sebagai pengarah buat julung kalinya dengan "Werewolf By Night". Abangnya, pembikin dokumentari veteran Anthony Giacchino, merakam pengalaman ini sambil menyingkap asal usul mereka dalam dunia perfileman di pekan kecil New Jersey tempat mereka dibesarkan.
Director By Night
BUTIRAN
Adik-beradik Michael dan Anthony Giacchino membesar di pekan kecil Edgewater Park, New Jersey, dengan impian yang besar. Semasa remaja, Michael sibuk merakam filem super-8, manakala Anthony pula sentiasa membawa perakam pita untuk merakam detik semasa dan mengabadikan kenangan lalu. Michael kemudiannya menjadi salah seorang komposer filem paling disegani pada abad ke-21, dan Anthony menempa nama sebagai pembikin filem dokumentari yang berjaya. Kedua-duanya pernah memenangi Anugerah Akademi® dalam bidang masing-masing. Kini, Michael bersedia untuk mengarah buat kali pertama menerusi "Werewolf By Night" terbitan Marvel Studios, dan Anthony merakamkan pengalaman itu. Anthony dibawa ke dunia fantasi Michael, namun dia sedar bahawa nadi sebenar kisah Michael bukanlah di set penggambaran, tetapi di kampung halaman tempat mereka membesar dan bersama rakan-rakan yang pernah membuat filem bersamanya semasa kecil.
- Durasi:
- 54 m
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Dokumentari,
- Biografi
- Klasifikasi:
- Pengarah:
- Anthony Giacchino
- Dibintangi:
- Michael Giacchino