SEVENTEEN telah mengharungi 10 tahun bersama tanpa kehilangan seorang pun ahli. Ketiadaan sementara beberapa ahli membuatkan mereka merenung lebih mendalam tentang perjalanan mereka. Saksikan persoalan yang sering ditanya dan jawapan yang ditemui sepanjang dekad ini. Kisah tentang masa lalu dan masa depan SEVENTEEN bersama kini bermula.
Seventeen: Our Chapter
BUTIRAN
SEVENTEEN telah mengharungi 10 tahun bersama 13 ahli tanpa seorang pun yang tercicir. Namun, apabila beberapa ahli terpaksa berehat, kerisauan mula timbul seiring dengan kekosongan yang dirasai.
"Sejauh mana lagi kita boleh pergi?"
Saksikan proses pembikinan album ke-5 [HAPPY BURSTDAY], detik-detik hebat dari jelajah dunia SEVENTEEN [RIGHT HERE], dan di sebalik tabir [SEVENTEEN in CARAT LAND] yang istimewa untuk CARAT.
Dalam perjalanan ini, mereka akhirnya menemui jawapan kepada persoalan yang tak henti ditanya. Segalanya mungkin kerana kepercayaan antara satu sama lain, dan ikatan utuh antara SEVENTEEN dengan CARAT.
Inilah [SEVENTEEN: OUR CHAPTER], siri dokumentari yang meraikan perjalanan lalu dan masa depan mereka bersama.
Kini, kisah jujur mereka yang belum pernah dikongsi akan didedahkan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Muzik,
- Siri Dokumentari,
- Biografi
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- S.COUPS
- JOSHUA
- JUN
- HOSHI
- WONWOO
- WOOZI
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Ulang tahun ke-10 SEVENTEEN menandakan permulaan waktu mereka berpisah.
M1:Ep2 Episod 2
SEVENTEEN mengimbas kembali pahit manis sepanjang dekad lalu.
M1:Ep3 Episod 3
SEVENTEEN menyerlahkan sisi sebenar mereka dan meluahkan isi hati kepada insan yang paling bermakna.
M1:Ep4 Episod 4
SEVENTEEN melengkapkan dekad pertama mereka dan agak-agak apa yang menanti dalam dekad seterusnya?