Bila Jimin dan Jung Kook BTS bersatu, pasti kecoh jadinya! Pada musim panas 2023, mereka berangkat untuk satu pengembaraan terakhir sebelum menyertai khidmat tentera. Mampukah mereka mengharungi perjalanan spontan yang penuh kejutan ini?
Are You Sure?!
BUTIRAN
Bila Jimin dan Jung Kook BTS bergabung, pasti riuh dan kecoh! Selepas percutian tak terlupakan mereka di Tokyo pada 2017, duo ini kembali bersatu pada musim panas 2023. Kali ini untuk percutian terakhir sebelum menyertai khidmat tentera, demi mengukir kenangan abadi.
Dalam Are You Sure?!, ikuti percutian spontan mereka yang penuh kejutan tak dijangka yang membuatkan mereka mempersoalkan segalanya. Adakah percutian Jimin dan Jung Kook akan berjalan lancar hingga ke akhirnya?
- Tarikh Pelancaran:
- 2024 – 2025
- Genre:
- Realiti
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Jimin
- Jung Kook
EPISOD
M2:Ep1 Episod 1: Ini Percutian Ke?
Tanpa amaran, Jimin dan Jung Kook memulakan trip kedua mereka. Ke manakah hala tuju mereka kali ini?
M2:Ep2 Episod 2: Pengembaraan Tidak Menentu di Alps
Mampukah Jimin dan Jung Kook lalui hari yang sempurna di Alps Switzerland?
M2:Ep3 Episod 3: Hari Legenda di Bawah Matterhorn
Jimin dan Jung Kook luangkan masa istimewa di bawah Matterhorn ikonik setinggi 4,000 meter.
M2:Ep4 Episod 4: Gelak Tawa dan Kekecohan di Zermatt
Detik magis di bawah bintang jadi huru-hara, Jimin dan Jung Kook tertanya, "Betul ke ni?!"
M2:Ep5 Episod 5: Kebebasan Mendebarkan di Tasik
Jimin dan Jung Kook bersantai, memasak dan bermain, tetapi hari mereka di tasik bertukar kecoh.
M2:Ep6 Episod 6: Hukuman Tak Terlupakan dan Malam Ajaib
Jimin & Jung Kook nikmati malam di Zurich, antara tawa & debaran. Destinasi seterusnya?
M2:Ep7 EP7. Dari Switzerland ke Vietnam, Sebuah Perjalanan Kacau
Tiba di Da Nang, Vietnam. Hari sempurna tapi sibuk dengan permainan. Inikah yang kau mahu?!
M2:Ep8 Episod 8: Pengembaraan Terakhir di Da Nang
Pengembaraan Jimin dan Jung Kook yang penuh gelak tawa dan magis kini tiba di penghujungnya.