Law and The City
Law and The City
16+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2025 • 1 Musim
Drama, Undang-undang

Lupakan peguam genius, berlatar belakang gelap atau bekas samseng. Tiada lagi kisah menumpaskan penjahat berkuasa atau keluarga kaya-raya. Ini cuma kisah biasa di Seocho-dong, tempat peguam bekerja. Di sini, lima peguam bersekutu mengendalikan kes-kes harian dalam sebuah cerita perkembangan diri yang santai dan penuh semangat.

Law and The City

BUTIRAN


Di Bangunan Hyungmin, Seocho-dong, terletaknya beberapa firma guaman kecil. Di sinilah kita bertemu lima peguam bersekutu: Juhyeong yang sinis, Munjeong yang selamba, Sanggi yang berdikari, Changwon yang suka bersembang dan Huiji, si pendatang baharu yang bersemangat.



Seperti pekerja pejabat lain, mereka berulang-alik dengan kereta api dan sentiasa menantikan waktu makan tengah hari. Mereka sering bertelagah, namun tetap berkongsi makanan dan isi hati.



Kisah mereka bukan tentang keadilan agung atau kejutan dramatik. Sebaliknya, ia dipenuhi detik tegang, gembira, gelak tawa dan air mata. Ikuti perjalanan lima sahabat ini mengharungi suka duka sambil mereka menjadi peguam dan insan yang lebih matang.

Tarikh Pelancaran:
2025
Genre:
Drama,
Undang-undang
Klasifikasi:
16+
Pelakon:
Lee Jongsuk
Mun Kayoung
Kang Youseok
Ryu Hyeyoung
Im Seongjae
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Seocho-dong

    M1:Ep1 Seocho-dong

    Huiji menyertai kumpulan makan tengah hari Bangunan Hyungmin. Dia seolah-olah mengenali Juhyeong.

  • thumbnail - M1:Ep2 Lebih Dari Yang Nampak

    M1:Ep2 Lebih Dari Yang Nampak

    Huiji ingat Juhyeong, tapi Juhyeong tak ingat dia. Mereka sering bertelagah kerana tidak sependapat.

  • thumbnail - M1:Ep3 Cara Mengasingkan Kerja dan Kehidupan Peribadi

    M1:Ep3 Cara Mengasingkan Kerja dan Kehidupan Peribadi

    Juhyeong dan Huiji berdamai. Firma mereka bergabung. Huiji bergelut dengan kes kecuaian perubatan.

  • thumbnail - M1:Ep4 Bukan Urusan Saya

    M1:Ep4 Bukan Urusan Saya

    Huiji dapat tahu pihak lawan kes Juhyeong ialah bekas kekasihnya. Kumpulan mereka hadapi masalah.

  • thumbnail - M1:Ep5 Keberanian Menghadapinya

    M1:Ep5 Keberanian Menghadapinya

    Hubungan Huiji dan Changwon yang semakin rapat semasa mengendalikan kes mengganggu Juhyeong.

  • thumbnail - M1:Ep6 Beberapa Kata Kebaikan

    M1:Ep6 Beberapa Kata Kebaikan

    Walaupun teragak-agak, kumpulan itu menolong Sanggi. Terharu, Sanggi akhirnya berani bertindak.

  • thumbnail - M1:Ep7 Yang Sungguh Memahamiku

    M1:Ep7 Yang Sungguh Memahamiku

    Juhyeong sedar dia mengambil berat tentang Huiji. Kenangan di Hong Kong mengesahkan perasaan mereka.

  • thumbnail - M1:Ep8 Yang Lain Yang Akrab

    M1:Ep8 Yang Lain Yang Akrab

    Apabila bapa Huiji dipenjara kerana menipu, rakan-rakannya bersatu untuk membantunya.

  • thumbnail - M1:Ep9 Jika Ditanya Apa Impianku

    M1:Ep9 Jika Ditanya Apa Impianku

    Munjeong mula seronok bekerja. Sanggi, Changwon dan Hyungmin pula sedar akan had kemampuan diri.

  • thumbnail - M1:Ep10 Perbezaan Perspektif

    M1:Ep10 Perbezaan Perspektif

    Dihimpit cabaran, mereka mula hadapi isu yang lama diabaikan dan perkara yang penting kini.

  • thumbnail - M1:Ep11 Menjadi Dewasa

    M1:Ep11 Menjadi Dewasa

    Juhyeong terharu dengan usaha klien menolong orang. Mereka berlima bersedia untuk perubahan diri.

  • thumbnail - M1:Ep12 Jumpa Lagi di Seocho-dong

    M1:Ep12 Jumpa Lagi di Seocho-dong

    Di persimpangan, mereka berlima mengumpul keberanian memilih jalan hidup yang diingini.

Anda Juga Mungkin Suka