Jayu ialah CEO BF. Dia terus mengembangkan perniagaannya meskipun menerima ugutan bunuh. Apabila ugutan berterusan, BF mengupah Chaewoon, bekas pegawai tentera, untuk melindunginya. Anehnya, Chaewoon menyelesaikan masalah yang dihadapi Jayu dengan mudah. Rahsia dan syak wasangka mula membelenggu BF.
Blood Free
BUTIRAN
Tahun 2025. Era penyembelihan haiwan berakhir apabila syarikat bioteknologi BF membekalkan dunia dengan daging kultur. Di sebalik kejayaan ini ialah Yun Jayu, usahawan yang mengubah BF menjadi syarikat gergasi global. Namun, kejayaannya mengundang bahaya. Musuh yang ingin menjatuhkannya semakin ramai, dan dia sering menjadi sasaran ugutan bunuh serta keganasan. BF mengupah Woo Chaewoon, bekas pegawai tentera, untuk melindunginya. Anehnya, Chaewoon sentiasa muncul tepat pada masanya. Adakah dia benar-benar hanya seorang pengawal peribadi? Rahsia dan syak wasangka mula menyelubungi BF dan semua yang terlibat. Apakah rahsia mereka, dan apakah motif sebenar di sebalik semua ini?
Sesetengah jujukan atau corak cahaya berkelip mungkin menjejaskan penonton yang fotosensitif.
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Cereka Sains,
- Ngeri
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Ju Jihoon
- Han Hyojoo
- Lee Heejun
- Lee Musaeng
- Jun Sukho
- Park Jiyeon
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Kejadian mengejutkan berlaku pada hari Yun Jayu mempersembahkan produk baharunya.
M1:Ep2 Episod 2
Chaewoon menjadi pengawal peribadi Jayu. Seonu Jae mempunyai kunci kes ini.
M1:Ep3 Episod 3
Jayu syak penggodaman itu kerja orang dalam, malah dia langsung tak percayakan Chaewoon.
M1:Ep4 Episod 4
Penggodam ditemui mati, dan Jayu disyaki bertanggungjawab.
M1:Ep5 Episod 5
Dalam keadaan hidup dan mati, Chaewoon dipindahkan ke makmal tersembunyi.
M1:Ep6 Episod 6
Tatkala Chaewoon menyangka dia menemui petunjuk, dia berdepan tragedi yang lebih dahsyat.
M1:Ep7 Episod 7
Polis mengesyaki Chaewoon dan menahannya. Seonu Jae mula menaruh minat terhadap Chaewoon.
M1:Ep8 Episod 8
Demi membongkar identiti pengintip, Chaewoon mendedahkan sebab sebenar dia menyertai BF.
M1:Ep9 Episod 9
Chaewoon berpisah dengan Jayu untuk mencari bukti kukuh. Dia membuat janji dengannya sebelum pergi.
M1:Ep10 Episod 10
Jayu yang cedera parah dibedah di atas meja pembedahan di bilik bawah tanah BF.