Mac, Charlie, Dennis, Frank dan Dee ialah sekumpulan individu bermasalah yang menguruskan pub Paddy yang tak laku dan suka merancang helah, bersekongkol dan paling seronok melihat satu sama lain menderita.
It's Always Sunny in Philadelphia
BUTIRAN
Menjadi orang tak bermoral dan gagal mungkin nampak mudah, tetapi bagi Mac, Charlie, Dennis, Frank dan Dee yang egois, ia satu kepakaran. It’s Always Sunny in Philadelphia mengisahkan "Geng", pemilik pub Paddy yang tak laku, sekumpulan individu bermasalah yang suka merancang helah, bersekongkol dan paling seronok melihat satu sama lain menderita. Sama ada menipu sistem kebajikan, mengambil kesempatan terhadap bayi-bayi yang dibuang, berpura-pura kurang upaya, menyamar sebagai pegawai polis atau memalsukan pengebumian. Geng sanggup melakukan apa sahaja demi duit.
- Tarikh Pelancaran:
- 2005 – 2026
- Genre:
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Rob McElhenney
- Pelakon:
- Charlie Day
- Glenn Howerton
- Rob McElhenney
- Kaitlin Olsen
- Danny DeVito
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M18:Ep1 Frank Mengahwini Mayat
Geng itu membantu Frank yang mula rasa gementar menjelang perkahwinannya dengan Sam.
M18:Ep2 Dennis dan Dee Takkan Jadi Kaya
Kembar Reynolds berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan harta Sam.
M18:Ep3 Geng Diuji
Dennis dan Dee disahkan menghidap ADHD, dan yang lebih mengejutkan, Mac pula tidak.
M18:Ep4 2026: Kegilaan Maya
RV Geng rosak dalam perjalanan ke konsert Jamiroquai, memaksa mereka berdikari.
M18:Ep5 Geng Pergi ke Pesta Renaisans
Mac, Dennis dan Dee berjuang menakluk tempat di Selimut Lagenda di Pesta Renaissance tempatan.
M18:Ep6 Peperangan Menentang Alkohol
Geng mengambil tindakan sendiri untuk melawan trend antiarak.
M18:Ep7 Gilligan's Island: Syurga Ahli Teori Konspirasi
Mac dan Charlie cuba merungkai misteri mengapa "Gilligan’s Island" tidak mencecah 100 episod.
M18:Ep8 ACL Mac dan Dennis Koyak
Charlie menjaga Mac dan Dennis yang terlantar sakit.
M18:Ep9 Pasukan Frank: Hari Gelap untuk Besbol
Demi membersihkan imej mereka, Paddy's menaja pasukan Little League tempatan.
M18:Ep10 Mereka Bermalam
Dee merayu agar geng lelakinya bermalam untuk menjaganya daripada penjenayah.