Tahun 2008. Juruterbang tentera PBB, Shin Kudo, terhempas dan terdampar di Pulau Mayan. Dia diselamatkan oleh Pendeta Sara Nome dan adiknya, Mao. Namun, ketenangan pulau itu tergugat apabila relik Protoculture, Manusia Burung, dikesan di sana, sekali gus mengheret mereka ke kancah peperangan.
Macross Zero
BUTIRAN
Tahun 2008. Dunia dilanda peperangan. Segalanya bermula pada 1999 apabila kapal angkasa asing ASS-1 terhempas, memecahbelahkan dunia kepada dua pihak: Kerajaan P.B.B. yang mahu menyatukan manusia, dan Perikatan Anti-Penyatuan. Pertelingkahan mereka mencetuskan Perang Penyatuan pada 2001. Beberapa tahun kemudian, juruterbang Tentera P.B.B., Shin Kudo, ditembak jatuh dan terdampar di Pulau Mayan. Dia diselamatkan oleh Pendeta Sara Nome dan adiknya, Mao. Namun, kedua-dua pihak yang berperang mengesan relik Protoculture di perairan pulau itu. Apabila perang merebak ke pulau yang aman tersebut, Shin, Sara dan Mao terperangkap dalam perebutan sengit untuk "Manusia Burung".
- Tarikh Pelancaran:
- 2002
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kenichi Suzumura
- Sanae Kobayashi
- Yuuka Nanri
- Akira Kamiya
- Ryuzaburo Otomo
- Minami Takayama
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Di Mana Laut Bertemu Angin
T.M. 2008. Pilot Shin Kudo terdampar di Pulau Mayan, lalu bertemu Sara dan adiknya, Mao.
M1:Ep2 Bintang Daratan
Variable Fighter terbaharu U.N. ditembak jatuh di depan mata Shin.
M1:Ep3 Pertempuran Terdesak dalam Kebiruan
Perebutan Manusia Burung kian sengit, menyelubungi Pulau Mayan yang pernah aman dengan keganasan.
M1:Ep4 Hutan
Ditawan oleh Nora, Shin dan Sara bertemu Dr. Hasford di sarang Anti Unification.
M1:Ep5 Burung Manusia
Relik Protoculture Manusia Burung diaktifkan dan Shin bergegas menyelamatkan Sara dengan VF-0nya.