Fable ialah pembunuh upahan tiada tandingan yang mampu menumpaskan sesiapa sahaja dalam masa enam saat. Namun pada suatu hari, bosnya mengarahkan dia untuk tidak membunuh sesiapa selama setahun dan hidup seperti orang biasa. Maka bermulalah misi rehat Fable selama setahun yang hebat, kelakar dan agak pelik.
The Fable
BUTIRAN
Pembunuh upahan genius terhebat dilarang membunuh? Dilatih sejak kecil, Fable boleh tumpaskan sesiapa saja dalam enam saat. Tapi suatu hari, bosnya mengarahkan dia untuk tidak membunuh selama setahun dan hidup seperti orang biasa. Dengan nama Akira Sato, Fable menyahut cabaran untuk menjadi orang normal. Namun, di sebalik kehidupan yang tenang ini, ada bahaya yang menanti dan tidak akan membiarkannya hidup aman. Bermulalah cuti membunuh Fable selama setahun yang hebat, lucu dan sedikit aneh.
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Ngeri,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kazuyuki Okitsu
- Miyuki Sawashiro
- Kana Hanazawa
- Akio Otsuka
- Kenjiro Tsuda
- Jun Fukushima
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Pindah
Fable, pembunuh upahan kebal, diarah bosnya untuk hidup biasa di Osaka selama setahun.
M1:Ep2 Malam yang Indah
Akira dan Yoko mula hidup baru di Osaka, tapi masalah sentiasa mengekori mereka.
M1:Ep3 Teg
Akira berisiko mengingkari arahan ketika melakukan halnya sendiri.
M1:Ep4 Berbual Tentang Kehidupan
Akira mahu hidup aman, tetapi Ebihara mahu pembunuh upahan itu pergi. Pertelingkahan pun tercetus.
M1:Ep5 Awak Dengar Ke Tak?
Dalam usahanya untuk hidup biasa, Akira memulakan tugas yang mustahil: mencari kerja.
M1:Ep6 Pesta Bebas Penjara
Kojima semakin berdendam terhadap perubahan dalam Kumpulan Maguro semasa dia di penjara.
M1:Ep7 Realis
Semakin kecewa, Kojima mengambil kesempatan atas ketiadaan Ebihara untuk bertindak.
M1:Ep8 Sebab saya... Maklumlah
Yoko mengincar seorang playboy yang muncul di bar tempat lepaknya.
M1:Ep9 Maksud Awak Pembunuh Upahan...?
Amukan Kojima semakin menjadi-jadi, lantas Ebihara cuba meminta Akira untuk mengawasinya.
M1:Ep10 Lembaga di Balkoni
Apabila Akira mendapat tahu Misaki dalam bahaya, dia terus bertindak untuk menyelamatkannya.
M1:Ep11 Hari Suratan
Akira, Yoko, Kojima dan Sunagawa bersiap untuk pertemuan yang bakal meletus.
M1:Ep12 Selalu Ada Yang Lebih Baik
Walaupun dilarang membunuh, Akira tetap melaksanakan rancangan penyelamatannya.
M1:Ep13 Abang... Abang...
Akira kembali bersama Kojima, tapi kini Ebihara berdepan pilihan sukar demi keamanan Kumpulan.
M1:Ep14 Saya Sayang Nii-san
Akira benarkan Kuroshio, yang tahu kebenaran tentang Fable, ikut kembara ikhtiar hidup dua malam.
M1:Ep15 Latihan Ikhtiar Hidup?
Kembara ikhtiar hidup Akira dan Kuroshio di pergunungan membuatkan Kuroshio hampir hilang akal.
M1:Ep16 Lelaki Gunung
Satu medan perang di hutan, satu lagi di bar. Kedua-duanya akan bergema dengan bunyi pertempuran.
M1:Ep17 Rei Utsubo
Satu kuasa gelap dari agensi detektif Taihei mula mengganggu kehidupan aman Akira.
M1:Ep18 Jumpa lagi
Utsubo dan konco-konconya menghampiri Misaki sambil meneruskan rancangan jahat mereka.
M1:Ep19 Penipuan dan Dusta
Akira terjumpa fakta mengejutkan semasa penghantaran, dan Utsubo serta kumpulannya mula bertindak.
M1:Ep20 24 Jam
Utsubo membongkar kegiatan Kainuma yang menghendap, lalu Kainuma melepaskan marahnya pada Misaki.
M1:Ep21 Abjad Kejahatan
Selepas mengetahui siapa Fable, Utsubo mula merancang untuk membunuh Akira.
M1:Ep22 Lelaki di Pintu
Utsubo dan Suzuki melaksanakan rancangan rapi mereka untuk membunuh musuh mereka, Fable.
M1:Ep23 Tanduk
Akira ternyata liat nyawanya, dan Utsubo berdepan masalah untuk menyediakan perangkap seterusnya.
M1:Ep24 Dodoian Langit Berbintang
Suzuki dan Akira terdesak menyelamatkan Hinako, dan Utsubo melancarkan rancangan terakhirnya.