Ahli sihir elf Frieren menewaskan Raja Iblis bersama kumpulan wira Himmel. 50 tahun kemudian, dia kembali dan mendapati Himmel sudah tua dan nazak. Sedar akan keterasingannya daripada manusia, Frieren memulakan pengembaraan untuk memahami kehidupan fana, bertemu pelbagai insan dan menghadapi pelbagai cabaran.
Sousou No Frieren
BUTIRAN
Selepas pengembaraan selama 10 tahun, ahli sihir Frieren bersama wira Himmel dan rakan-rakannya telah menewaskan Raja Iblis dan mengembalikan keamanan dunia.
Sebagai seorang elf yang hidup lebih seribu tahun, Frieren mengembara seorang diri dan berjanji akan bertemu semula dengan mereka.
50 tahun kemudian, Frieren menziarahi Himmel. Namun, berbeza dengan Frieren yang tidak dimamah usia, Himmel sudah tua dan hayatnya tidak lama.
Melihat Himmel meninggal dunia di depan matanya membuatkan dia sedar yang dia tidak pernah cuba untuk "memahami manusia".
Dihantui penyesalan, Frieren memulakan pengembaraan baharu untuk "memahami manusia".
Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan mengharungi pelbagai dugaan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Fantasi
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Atsumi Tanezaki
- Kana Ichinose
- Chiaki Kobayashi
- Nobuhiko Okamoto
- Hiroki Tochi
- Youji Ueda
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Penghujung Perjalanan
Frieren si elf kembali bertemu rakannya 50 tahun selepas 10 tahun menewaskan raja syaitan.
M1:Ep2 Tidak Semestinya Magik…
Frieren melawat Heiter dan bertemu Fern. Heiter meminta Frieren mengajar Fern ilmu sihir.
M1:Ep3 Membunuh Sihir
Frieren dan Fern tiba di sebuah desa yang mengurung seekor syaitan, musuh lama kumpulan wira.
M1:Ep4 Tanah Persemadian Jiwa
Frieren dan Fern melawat Eisen. Dia meminta mereka membantunya mencari nota Ahli Sihir Agung Flamme.
M1:Ep5 Lembaga Orang Mati
Dalam perjalanan ke Aureole, Frieren dan Fern terdengar desas-desus orang diculik hantu.
M1:Ep6 Wira Kampung
Frieren meminta tolong Stark, perantis Eisen, untuk kalahkan naga, walaupun dia mengaku penakut.
M1:Ep7 Bagaikan Kisah Dongeng
Setibanya di pekan yang diperintah Graf Granat, Frieren tiba-tiba mengangkat tongkatnya.
M1:Ep8 Frieren si Pembunuh
Frieren ditahan kerana cuba membunuh Lügner, syaitan yang datang berdamai dengan Graf Granat.
M1:Ep9 Aura Sang Gilotin
Frieren berdepan dengan Aura si Gilotin, salah seorang Tujuh Pendeta Kehancuran.
M1:Ep10 Ahli Sihir Perkasa
Pertarungan Frieren dan Aura memuncak, sambil Frieren teringat saat bertemu ahli sihir agung Flamme.
M1:Ep11 Musim Sejuk di Tanah Utara
Frieren, Fern dan Stark bergelut mengharungi musim sejuk yang teruk menuju ke Tanah Utara.
M1:Ep12 Wira Sejati
Frieren dan yang lain tiba di kampung tempat Himmel pernah mencabut pedang sang wira.
M1:Ep13 Kebencian pada Kaum Sendiri
Mereka bertemu Sein, paderi berbakat yang ingin mengembara tetapi enggan menyertai mereka.
M1:Ep14 Keistimewaan Orang Muda
Sein cuba mendamaikan Fern dan Stark yang bergaduh, tetapi Frieren memanggilnya.
M1:Ep15 Bau Masalah
Kumpulan ini memulakan misi membasmi raksasa yang menyumpah seluruh kampung untuk tidur.
M1:Ep16 Sahabat Selamanya
Kumpulan itu menziarahi Pak Cik Voll, pahlawan kerdil yang melindungi sebuah kampung.
M1:Ep17 Jaga Diri
Sein menemui petunjuk tentang rakannya, lalu memutuskan untuk berpisah dengan Frieren dan yang lain.
M1:Ep18 Peperiksaan Ahli Sihir Kelas Pertama
Frieren dan Fern menyertai peperiksaan ahli sihir kelas pertama demi akses ke Dataran Tinggi Utara.
M1:Ep19 Rancangan Rapi
Untuk ujian pertama, peserta dalam kumpulan bertiga mesti menangkap burung Stille sebelum senja.
M1:Ep20 Pembunuhan Perlu
Pasukan Frieren berjaya menangkap Stille, tetapi mereka disasarkan oleh Denken, Richter dan Laufen.
M1:Ep21 Dunia Sihir
Stille mereka dicuri parti Denken. Peperiksaan hampir tamat, jadi Frieren merangka satu rancangan.
M1:Ep22 Bakal Musuh
Frieren dan Fern lulus ujian pertama, dan semua kumpulan berpisah sebelum ujian seterusnya.
M1:Ep23 Menakluki Labirin
Ujian kedua daripada pengawas Sense: serbu penjara bawah tanah yang kebal dan belum diterokai.
M1:Ep24 Replika Sempurna
Para calon berdepan dengan klon mereka yang memiliki kekuatan, mana dan kemahiran yang sama.