Takemichi kembali 12 tahun ke masa lampau, ke zaman sekolah menengahnya yang terhebat. Dia menulis semula sejarah dengan membuat pilihan berbeza demi menyelamatkan kekasih hatinya pada masa hadapan.
Tokyo Revengers
BUTIRAN
Hidup Takemichi Hanagaki yang serba tak kena menjadi hancur luluh apabila cinta hatinya dari zaman sekolah menengah maut di tangan Geng Tokyo Manji. Keesokan harinya, dia ditolak ke landasan kereta api. Ketika pasrah menunggu ajal, dia tiba-tiba sedar dan mendapati dirinya telah merentas masa 12 tahun ke masa lampau, kembali sebagai pelajar sekolah menengah. Kini, Takemichi berpeluang mengubah sejarah dengan membuat pilihan berbeza untuk menyelamatkan cinta hatinya.
Urutan atau corak cahaya berkelip tertentu mungkin memberi kesan kepada penonton yang sensitif terhadap cahaya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2021 – 2026
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Fantasi,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- 新 祐樹
- 和氣 あず未
- 逢坂 良太
- 林 勇
- 福西 勝也
- 狩野 翔
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M3:Ep1 Perpisahan
Perang Tenjiku berakhir. Tersentuh dengan kata-kata Takemichi, Mikey membubarkan Geng Tokyo Manji.
M3:Ep2 Sentiasa ketinggalan
Takemichi kembali 12 tahun ke masa depan. Semua kawannya gembira, tapi Mikey pula hilang.
M3:Ep3 Senyumlah
Selepas menemui kumpulan penjenayah baharu, Takemichi sedar dia tidak lagi boleh Melompat Masa.
M3:Ep4 Hulurkan Tangan
Takemichi mendapat tahu tentang penderitaan Mikey dan mengetepikan bahaya untuk mencarinya.
M3:Ep5 Zaman Bergolak
Takemichi terhumban 10 tahun ke masa lampau, di mana tiga kumpulan bertarung merebut kuasa.
M3:Ep6 Menunjukkan Warnanya
Takemichi berbincang dengan Senju Kawaragi, ketua Brahman dan membuat keputusan yang sukar.
M3:Ep7 Firasat Buruk
Selepas membangkitkan kuasa baharu, Takemichi dan Senju menjadi semakin rapat di taman tema.