Kehidupan pantas berlalu. Nilai murni kian terpinggir demi mengejar masa. Timbul nostalgia pada perkara yang pasti akan lenyap. Drama ini ibarat sebuah lagu sedih yang membangkitkan semangat tentang apa yang telah pudar.
The Nice Guy
BUTIRAN
Seok-Chul, seorang samseng berhati mulia, menyesali hidupnya. Dia tidak seperti samseng lain yang bergaya, sebaliknya dia sama seperti kita yang mengimpikan kehidupan lebih baik. Sementara itu, Mi-Young bercita-cita menjadi penulis lagu dalam industri yang dikuasai idola. Demi mengejar impian dan membahagiakan ibunya yang sakit, dia mendapat peluang untuk memulakan hidup baharu. Kisah cinta mereka mungkin klise, tetapi mampukah ia merealisasikan impian mereka? Walaupun tidak, hidup tetap perlu diteruskan selagi mentari masih terbit. "The Nice Guy" ialah lagu penuh harapan yang menyuntik semangat kepada insan yang bersinar terang sebelum akhirnya pudar.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Drama,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Lee Dong-wook
- Lee Sungkyoung
- Park Hoon
- Oh Nara
- Ryu Hyeyoung
- Cheon Hojin
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Seokcheol bergegas mencari kakaknya kerana hutang judinya bakal menyebabkan rumah mereka dilelong.
M1:Ep2 Episod 2
Setelah ditugaskan ke tapak pembinaan semula, Seokcheol meredah api untuk menyelamatkan Jinho.
M1:Ep3 Episod 3
Selepas Miyoung gagal menjadi penyanyi di Nilvana, Seokcheol bersemuka dengan Taehoon demi Miyoung.
M1:Ep4 Episod 4
Changsoo menyuruh Seokcheol menguruskan Taehoon, manakala Taehoon mula tertarik dengan Miyoung.
M1:Ep5 Episod 5
Seokcheol cuba mendamaikan geng-geng. Taehoon pula tahu tentang hubungan Miyoung dan Seokcheol.
M1:Ep6 Episod 6
Agensi besar hubungi Miyoung ketika gengnya hadapi krisis selepas kalah tuntutan pembangunan semula.
M1:Ep7 Episod 7
Taehoon salah faham niat Seokcheol. Miyoung terkejut dapat tahu siapa di sebalik debutnya.
M1:Ep8 Episod 8
Ketika Seokcheol dan Miyoung pergi melancong, Seokkyung secara rahsia cuba lari untuk bayar hutang.
M1:Ep9 Episod 9
Sangyeol, orang kanan Changsoo, rasa dikhianati selepas tahu niat sebenar Changsoo.
M1:Ep10 Episod 10
Ketika Taehoon mencetuskan perang, Seokcheol terlibat dalam kemalangan, dan Miyoung menerima ugutan.
M1:Ep11 Episod 11
Cinta kembali berputik di majlis pengebumian, manakala Sangyeol mahu menawan kedua-dua geng.
M1:Ep12 Episod 12
Sementara Taehoon diserang, seorang pembunuh upahan menentang Seokcheol.
M1:Ep13 Episod 13
Dalam pertarungan terakhir, Seokcheol menentang orang yang cuba membunuhnya.
M1:Ep14 Episod 14
Dendamnya terbalas, Seokcheol menyerah diri. Di penjara, dia terdengar sebuah lagu yang tidak asing.