Our Movie
Our Movie
13+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2025 • 1 Musim
Percintaan, Drama Lipur Lara

Jeha, pengarah filem tanpa masa depan. Daeum, pelakon tanpa hari esok. Mereka tak sangka akan menemui cinta atau keajaiban dalam hidup — sehinggalah mereka bertemu. Berdepan dengan maut, Daeum ingin menjadi watak utama dalam hidupnya sendiri. Dan bersamanya, masa Jeha yang beku mula bergerak semula.

Our Movie

BUTIRAN


Dibayangi bapanya yang legenda, kerjaya Jeha buntu selama lima tahun sejak filem sulungnya. Daeum pula seorang pelakon gagal yang hidupnya tidak lama. Kedua-duanya tidak percaya akan menemui cinta atau keajaiban sinematik, sehinggalah mereka bertemu.



Jeha menolak tawaran untuk membuat semula karya agung bapanya. Kemudian, muncul seorang wanita aneh — Daeum, pesakit tenat yang ditemuinya di hospital. Tidak lama kemudian, dia muncul di uji bakat Jeha, nekad mahu memegang watak utama.



Menghadapi ajal, Daeum teringin menjadi watak utama buat kali pertama. Kehadirannya menghidupkan semula dunia Jeha yang terhenti.

Tarikh Pelancaran:
2025
Genre:
Percintaan,
Drama Lipur Lara
Klasifikasi:
13+
Pelakon:
Min Namkoong
Jeon Yeobeen
Lee Sul
Seo Hyunwoo
Seo Yiseo
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Episod 1

    M1:Ep1 Episod 1

    Jeha, seorang pengarah tanpa masa depan, bertemu Daeum yang sakit tenat semasa membuat kajian filem.

  • thumbnail - M1:Ep2 Episod 2

    M1:Ep2 Episod 2

    Jeha kembali menulis. Daeum muncul semula, bukan sebagai perunding — tapi sebagai pelakon.

  • thumbnail - M1:Ep3 Episod 3

    M1:Ep3 Episod 3

    Uji bakat Daeum buntu, Jeha bertindak berani. Dia mesti tawan hati semua orang dengan satu babak.

  • thumbnail - M1:Ep4 Episod 4

    M1:Ep4 Episod 4

    Daeum keliru dengan Jeha dan Seoyoung. Jungwoo menjemput mereka ke makan malam yang janggal.

  • thumbnail - M1:Ep5 Episod 5

    M1:Ep5 Episod 5

    Daeum cuba melarikan diri dari hospital. Namun, dia kaku melihat seseorang di dalam lif.

  • thumbnail - M1:Ep6 Episod 6

    M1:Ep6 Episod 6

    Jeha menolak Daeum. Ketika perasaan mereka semakin rumit, cinta pertama Daeum, Eunho, muncul semula.

  • thumbnail - M1:Ep7 Episod 7

    M1:Ep7 Episod 7

    Hari pertama penggambaran akhirnya tiba. Jeha berasa resah melihat Eunho berlegar-legar dekat Daeum.

  • thumbnail - M1:Ep8 Episod 8

    M1:Ep8 Episod 8

    Daeum mendedahkan penyakitnya kepada Seoyoung. Ketegangan di set mengaburkan realiti dan fiksyen.

  • thumbnail - M1:Ep9 Episod 9

    M1:Ep9 Episod 9

    Jeha dan Daeum mengesahkan perasaan mereka, namun berdepan krisis akibat artikel fitnah.

  • thumbnail - M1:Ep10 Episod 10

    M1:Ep10 Episod 10

    Huru-hara tercetus di set selepas pengakuan Jeha dan Daeum. Encik Han mengarahkan Jeha digantikan.

  • thumbnail - M1:Ep11 Episod 11

    M1:Ep11 Episod 11

    Semua kembali ke set, menyambut Jeha dan Daeum dengan mesra. Kini, masanya untuk meyakinkan dunia.

  • thumbnail - M1:Ep12 Episod 12

    M1:Ep12 Episod 12

    Jeha dan Daeum menulis pengakhiran baharu filem mereka. Penggambaran akhir Love in White bermula.

Anda Juga Mungkin Suka