Minjae perenang yang kehilangan sebelah kakinya. Kini dia pelajar PhD yang menjalani hidup tenang sehingga Youjin, seorang pelajar sarjana yang mencari haluan hidup, menggegarkan dunianya. Cinta mereka berputik di makmal robotik. Ikuti kisah cinta yang penuh menyala, pahit dan manis serta mesra.
Between Steps
BUTIRAN
Minjae dahulunya seorang perenang di sekolah tinggi yang kehilangan sebelah kaki disebabkan penyakit. Kini dia seorang pelajar PhD robotik yang bersikap acuh tak acuh dan mempunyai satu impian: jatuh cinta. Dia berhati-hati dan takut dilukai, sehinggalah dia bertemu Youjin. Setelah meninggalkan pengajian fesyen, Youjin hilang arah tuju. Namun, dia menemui dunia dan impian baharu di sisi Minjae. Walaupun serba kekok, perasaan Youjin terhadap Minjae tidak pernah goyah. Sikap terus terangnya menggegarkan dunia Minjae dan meruntuhkan tembok hatinya. Hubungan mereka kian rapat, memulakan kisah cinta yang lebih rumit daripada dunia robot-menyala, pahit dan manis serta mesra.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Drama,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Choo Youngwoo
- Kim Sohyun
- Park Hyukkwon
- Seo Jeongyeon
- Kim Min-seok
- Lee Changhoon
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Minjae ingin bercinta. Selepas bertemu Youjin, satu kejutan menemukan mereka semula.
M1:Ep2 Episod 2
Youjin mahu melanjutkan pengajian dan minta bantuan Minjae. Berjayakah dia menyertai makmal robotik?
M1:Ep3 Episod 3
Rasa tersisih pada hari pertamanya, Youjin bergaduh dengan Sejin dan lepaskan marah pada Minjae.
M1:Ep4 Episod 4
Youjin membuka langkah berani setelah khabar angin Minjae bertemu wanita misteri tersebar.
M1:Ep5 Episod 5
Pada malam yang hujan, Minjae tidak lagi dapat mengabaikan perasaannya sendiri dan Youjin.
M1:Ep6 Episod 6
Minjae dan Youjin memulakan hubungan rahsia. Namun, jurang antara mereka semakin membesar.
M1:Ep7 Episod 7
Minjae dan Youjin bantu Sejin pikat Subin. Tapi ujian cinta Youjin cetuskan ketakutan lama Minjae.
M1:Ep8 Episod 8
Minjae menentang Youseong. Sejin mengetahui rahsia mereka dan mencabar Youjin membuat pertaruhan.
M1:Ep9 Episod 9
Youjin cuma menganggap Minjae sebagai cinta lama. Apa yang memisahkan mereka?
M1:Ep10 Episod 10
Jihoon dedahkan perasaannya terhadap Youjin. Selepas parti alu-aluan, dia bertemu Minjae, pensyarah.
M1:Ep11 Episod 11
Di saat Minjae masih merindui Youjin, Youjin muncul semula di hadapannya.
M1:Ep12 Episod 12
Kini giliran Minjae bertindak. Namun, mereka sekali lagi berdepan pilihan paling menakutkan.