Pada masa depan, tamadun telah runtuh. Gear bekerja di kedai barangan terpakai, mencari semula barangan curi bersama Qu-0213 dan White Bear. Selepas menerima tugasan misteri untuk mencuri satu barangan penting, mereka kini menjadi buruan pembunuh upahan yang berbahaya.
Bullet Bullet
BUTIRAN
Pada masa hadapan, tamadun telah runtuh, menjadikan dunia sebuah tanah terbiar. Manusia meneruskan hidup dengan sisa-sisa peninggalan lama. Gear bekerja di kedai barangan lusuh dan turut mengambil upah mendapatkan semula barangan curi. Dia bekerjasama dengan Qu-0213, robot empat personaliti, dan White Bear, seorang kaki judi. Suatu hari, Gear menerima tugasan terhebat: mencuri satu barangan penting. Mereka kini berdepan dengan pembunuh upahan maut, aksi kejar-mengejar kereta yang mendebarkan dan pertempuran penuh letupan. Tanpa mereka sedari, barangan yang dicuri itu menyimpan rahsia yang boleh menggegarkan asas dunia ini.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Cereka Sains,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Marina Inoue
- Kazuhiro Yamaji
- Rie Kugimiya
- Kana Hanazawa
- Tomokazu Seki
- Ai Orikasa
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Melangkaui Ufuk
Gear menerima tugasan sekali seumur hidup daripada seorang gadis misteri.
M1:Ep2 Anda Telah Putuskan
Seluruh bandar gempar dengan berita rompakan besar oleh Gear, White Bear dan Qu-0213.
M1:Ep3 Saya Belajar untuk Tidak Percaya Orang
Lari daripada pembunuh upahan, Gear, White Bear dan Qu-0213 tiba di sebuah pekan terbiar.
M1:Ep4 Kami Keluarga Anda
Noah meminta Gear, White Bear dan Qu-0213 untuk menghantar barangan yang tidak dijangka.
M1:Ep5 Kamu Bodoh
Selepas diculik oleh adik-beradik Cook, Noah ditawarkan satu perjanjian.
M1:Ep6 Anda Berhak Tahu
Gear dan rakan-rakannya membongkar kebenaran mengejutkan tentang dunia.
M1:Ep7 Masa untuk Bekerja
Gear dan rakan-rakannya bertekad untuk membongkar rahsia kerajaan kepada dunia.
M1:Ep8 Dunia Jauh Lebih Besar, Keras, dan Hodoh
Gear mesti mendedahkan kebenaran kepada penduduk tanah tandus.
M1:Ep9 Dia Macam Bayam Terselit di Gigi
Gear, White Bear dan Qu-0213 dikurung di sebuah fasiliti terpencil yang sangat sejuk.
M1:Ep10 Aku Menemui Cara Hanya Aku Mampu Mengubah Dunia
Terkurung di pulau terpencil, tiga sekawan ini bertembung dengan pembunuh yang menyerang mereka.
M1:Ep11 Jangan Berhenti Maju
Gear dan rakan-rakannya, bersama pembunuh upahan dan Penentang, bergegas ke ibu kota.
M1:Ep12 Peluru/Peluru
Gear dan rakan-rakannya akhirnya sampai ke bahagian terdalam bawah tanah ibu kota.