Setelah berkahwin dengan keluarga Kumpulan Hwain yang berkuasa, Oh Wansoo berdepan ancaman maut. Dia bertemu Seo Doyoon, seorang pengawal peribadi yang menyiasat kematian rakannya yang dikaitkan dengan Kumpulan Hwain. Bersama, mereka membongkar rahsia gelap keluarga itu yang diselubungi nafsu.
Red Swan
BUTIRAN
Oh Wansoo, bekas pemain golf terkemuka yang menjadi menantu Kumpulan Hwain, kini diancam bunuh. Takdir mempertemukannya dengan Seo Doyoon, seorang pengawal peribadi yang menyiasat kematian rakannya yang berkait dengan Kumpulan Hwain. Bersama, mereka membongkar rahsia syarikat itu yang diselubungi nafsu.
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Drama,
- Aksi dan Pengembaraan,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kim Haneul
- Jung Jihoon
- Jung Gyuwoon
- Seo Yisook
- Yoon Jemoon
- Ki Eunse
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Oh Wansoo, ketua Yayasan NOW, menjadi sasaran tembakan tetapi Doyoon menyelamatkannya.
M1:Ep2 Episod 2
Wansoo menyaksikan satu kejadian yang mengejutkan dan tiba-tiba mendekati Doyoon.
M1:Ep3 Episod 3
Anak luar nikah Yongkook muncul bersama Taera pada hari penggambaran Kumpulan Hwain.
M1:Ep4 Episod 4
Doyoon risaukan keselamatan Wansoo dan memberi amaran pengancamnya berada dalam Kumpulan Hwain.
M1:Ep5 Episod 5
Wansoo meninggalkan Istana Daejung bersama Doyoon dan abu ibunya.
M1:Ep6 Episod 6
Doyoon menyelamatkan Wansoo daripada letupan. Wansoo mencari lejar yayasan untuk membalas dendam.
M1:Ep7 Episod 7
Abang Wansoo ditangkap kerana pecah amanah. Wansoo ke Busan bersama Doyoon tetapi diserang.
M1:Ep8 Episod 8
Berang dengan khabar angin perceraian, Yongkook mengurung Doyoon. Wasiat bekas pengerusi didedahkan.
M1:Ep9 Episod 9
Wasiat bekas pengerusi mencetuskan huru-hara. Misteri di sebalik kematiannya mula terungkai.
M1:Ep10 Episod 10
Miran ditahan, dan satu tembakan berlaku. Dalangnya didedahkan.