Drama hebat dan penuh sensasi tentang sebuah dinasti keluarga. Ketua sebuah empayar muzik berdepan perebutan takhta antara tiga anak lelaki dan bekas isterinya.
Empire
BUTIRAN
Artis hip-hop dan CEO Empire Entertainment, Lucious Lyon, sentiasa berkuasa tanpa tandingan. Namun, satu diagnosis meramalkan dia akan lumpuh dalam tiga tahun, lantas perebutan takhta pun bermula. Dia mesti memilih pewaris daripada tiga anak lelakinya. Anak kesayangannya, Hakeem, pemuzik berbakat tetapi gila glamor. Anak tengah, Jamal, pemalu dan berbakat tetapi gay – memalukan bagi Lyon. Anak sulung, Andre, bijak berbisnes tetapi kurang karisma. Keadaan bertambah rumit dengan kemunculan Cookie, bekas isterinya, yang menuntut habuannya selepas dipenjarakan demi perniagaan dadah yang membiayai empayar Lucious.
- Tarikh Pelancaran:
- 2015 – 2019
- Genre:
- Muzik,
- Drama Lipur Lara
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Lee Daniels
- Danny Strong
- Pelakon:
- Terrence Dashon Howard
- Bryshere Y. Gray
- Jussie Smollett
- Trai Byers
- Grace Byers
- Malik Yoba
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M6:Ep1 Apakah Cinta
Lucious kini menjadi buruan dan melarikan diri; Cookie pula fokus membina jenamanya di luar Empire.
M6:Ep2 Berlutut Memohon Doa
Cookie bersemuka dengan Damon tentang sebab dia menipu; Andre terpaksa menguruskan masalah keluarga.
M6:Ep3 Kau Patahkan Cinta
Rancangan Lucious lari dari Feds sampai ke kemuncaknya; Cookie dalam bahaya.
M6:Ep4 Beritahu Kebenaran
Satu majlis keluarga yang bahagia menyatukan semula keluarga Lyons, tetapi tiada kata sepakat.
M6:Ep5 Lebih Kuat Daripada Sainganku
Andre dan Lucious bersaing untuk menentukan hala tuju Empire.
M6:Ep6 Hati Batu
Candace dan Carol bawa Cookie untuk percutian wanita di Miami; Lucious pula bermuhasabah diri.
M6:Ep7 Cukup Baik
Cookie sedar muzik adalah cinta sejatinya dan mula mengatur langkah untuk kembali ke dunia muzik.
M6:Ep8 Ingatkah Awak Pada Saya
Cookie menemui seorang artis dengan bakat mentah yang pernah ditolak Lucious bertahun-tahun lalu.
M6:Ep9 Mengenang Muzik
Hakeem mempersoalkan perubahan Lucious pada skrip filem Empire.
M6:Ep10 Lelaki Dingin
Cookie geram dengan Lucious yang sukar menerima hakikat hubungan mereka sudah berakhir.
M6:Ep11 Tak Boleh Harap
Andre membuat keputusan penting tentang kesihatan, keluarga dan kerjayanya; Devon menghadapi Tiana.
M6:Ep12 Kurang Bercakap
Lucious mencari kontrak untuk Yana, tapi terkejut dengan maklum balas eksekutif label.
M6:Ep13 Hancur Lebur
Cookie masih simpan rahsia daripada kakak-kakaknya, tapi Lucious rasa dia perlu berterus terang.
M6:Ep14 Diriku Seadanya
Semasa dalam perjalanan, Cookie, Candace dan Carol mengimbas kembali kenangan pahit.
M6:Ep15 Masih Cintai Aku
Menjelang hari perkahwinan, ketakutan Terri terhadap sikap baran Andre kembali menghantuinya.
M6:Ep16 Kita Ada Kita
Selepas menyaksikan keadaan Andre yang teruk, Cookie dan Lucious memasukkannya ke pusat rawatan.
M6:Ep17 Atas Segalanya
Lucious terus menguruskan Empire dan membongkar kesilapan Andre melalui Kelly Patel.
M6:Ep18 Perjalanan Pulang
Cookie mengimbas hidupnya dan siapa dirinya kini. Lucious bersiap untuk pertarungan hidupnya.