The Chi ialah siri drama kematangan yang relevan berpusat pada sekumpulan penduduk. Mereka dipertemukan secara kebetulan, tetapi disatukan oleh keinginan untuk perhubungan dan penebusan.
The Chi
BUTIRAN
Di selatan Chicago, kehidupan seharian berjalan seperti biasa: kanak-kanak ke sekolah, ibu bapa pergi kerja, orang muda mencari rezeki, dan warga emas memerhati dari anjung rumah. Namun di kawasan yang serba mencabar ini, bahaya sentiasa mengancam untuk memusnahkan impian, dan keputusan paling mudah boleh membawa padah antara hidup dan mati. The Chi ialah siri drama pendewasaan hebat tentang sekumpulan warga Afrika-Amerika kelas pekerja yang saling berkait, yang mengingatkan kita bahawa walau apa pun terjadi, semangat manusia tetap utuh dan harapan tidak akan pernah mati.
- Tarikh Pelancaran:
- 2018 – 2023
- Genre:
- Drama
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Lena Waithe
- Pelakon:
- Jacob Latimore
- Shamon Brown Jr.
- Michael V. Epps
- Birgundi Baker
- Luke James
- Hannaha Hall
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M6:Ep1 Bandar Chi Baharu
Usaha baharu Emmett membuahkan hasil besar tetapi menjejaskan kehidupan peribadinya.
M6:Ep2 Tiada Douda, Tiada Masalah
Emmett & Kiesha ambil langkah besar manakala Shaad mulakan perniagaan baharu dengan bantuan Deja.
M6:Ep3 Jamuan Masuk Rumah
Emmett berdepan dengan hadiah yang tidak dijangka.
M6:Ep4 Tambah Lagi
Perkembangan baharu dalam hidup Douda menjadi rumit kerana Roselyn.
M6:Ep5 Malam Ini
Kevin, Jake, Papa dan rakan-rakan meraikan satu pencapaian besar.
M6:Ep6 Boyz II Men
Tekanan memuncak terhadap Victor. Emmett membuat tawaran kepada Douda.
M6:Ep7 Hidup Lama
Komuniti terkesan dengan satu kehilangan.
M6:Ep8 Siapa Tembak Kau?
Kesan peristiwa tak dijangka mula dirasai di seluruh bandar.
M6:Ep9 Akibatnya
Victor dan Emmett berdepan akibat keputusan mereka untuk melawan Douda.
M6:Ep10 Nak Cari Pasal
Victor belajar nilai tolak ansur.
M6:Ep11 Wali & Pendosa
Emmett mahu luangkan masa dengan Darnell, tapi diserbu oleh saudara tirinya, Damien.
M6:Ep12 Kota Emas
Shaad memulakan kerja baharu dengan Alicia.
M6:Ep13 Warisan
Kiesha menerima berita dahsyat tentang anaknya, Ronnie.
M6:Ep14 Asap & Cermin
Emmett, Kiesha dan Nuck cuba mencari keseimbangan baharu sebagai ibu bapa.
M6:Ep15 Menara Kengerian
Rob dan Tiff menganjurkan jamuan Kesyukuran, tetapi Alicia masuk campur.
M6:Ep16 Hari Kesyukuran
Thanksgiving menandakan masa untuk pertemuan semula dan pendedahan. Finale musim.