Selepas kematian kembarnya, Park Wonseok, di sekolah, Ok Chanmi enggan percaya ia kes bunuh diri. Dia berpindah ke sekolah Wonseok, Yongtan High, dan bertemu saksi kejadian, Ji Sooheon. Pada masa yang sama, seorang "wira" misteri muncul untuk membela pelajar yang dibuli. Chanmi mula mengesyaki wira ini ada kaitan dengan kematian kembarnya dan bertekad untuk mencarinya.
Revenge of Others
BUTIRAN
Pemenang Pelakon Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Siri Blue Dragon.
Seorang pelajar lelaki maut di sekolah, tetapi Ok Chanmi tidak percaya kembar lelakinya, Park Wonseok, membunuh diri. Chanmi berpindah ke sekolah mendiang, Yongtan High, dan bertemu Ji Sooheon, yang menyaksikan kematian kembarnya. Di Yongtan High, muncul seorang "wira" yang membela pelajar yang dibuli. Chanmi mengesyaki wira ini ada kaitan dengan kembarnya dan mula menjejakinya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Shin Yeeun
- Lomon
- Seo Jihoon
- Kim Jooryoung
- Chung Subin
- Chae Sangwoo
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Chanmi berpindah ke sekolah abang kembarnya untuk mencari kebenaran di sebalik kematiannya.
M1:Ep2 Episod 2
Chanmi mengetahui sisi lain kehidupan abangnya yang mengejutkan.
M1:Ep3 Episod 3
Sooheon menghukum Sa Jungkyung dan digelar hero oleh para pelajar, tetapi Chanmi mula curiga.
M1:Ep4 Episod 4
Ada pakatan untuk menyingkirkan Chanmi dari sekolah, dan Sooheon menasihatinya untuk pergi.
M1:Ep5 Episod 5
Kes Wonseok diubah kepada kes pembunuhan. Chanmi mendapat tahu Wonseok menipunya.
M1:Ep6 Episod 6
Sooheon dalam masalah besar apabila menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan.
M1:Ep7 Episod 7
Chanmi menerima panggilan luar biasa sambil mengacukan pistol pada Sooheon.
M1:Ep8 Episod 8
Chanmi dan Sooheon yakin Gi Osung ialah pembunuh Wonseok.
M1:Ep9 Episod 9
Sooheon kembali ke karavan Sa Jungkyung, tetapi ia sebenarnya perangkap.
M1:Ep10 Episod 10
Rancangan Osung gagal. Dia rasa dikhianati. Chanmi pasang perangkap & buat penemuan mengejutkan.
M1:Ep11 Episod 11
Ingatan Jaebum kembali pulih, tetapi Sooheon tidak mengenali Jaebum yang baharu ini.
M1:Ep12 Episod 12
Apabila kebenaran terbongkar, tibalah masa untuk dendam terakhir.