Kehidupan keluarga Tetsuo Tosu yang aman damai musnah sekelip mata pada hari jadinya yang ke-47. Demi keluarganya, pekerja pejabat biasa ini terpaksa membuat satu keputusan nekad. Kini, bapa biasa ini diburu oleh kumpulan penjenayah dan tiada pilihan selain berdepan dengan dunia jenayah yang kejam.
My Home Hero (Live Action)
BUTIRAN
Bagi pekerja pejabat biasa Tetsuo Tosu, hidupnya hanya untuk isteri, Kasen dan anak perempuan mereka, Reika. Namun, kehidupan aman itu musnah pada hari lahirnya yang ke-47. Semuanya bermula apabila Tetsuo melihat kesan lebam pada wajah Reika, yang baru mula hidup sendiri. Kerana terlalu risau, dia menyiasat di rumah Reika dan terserempak dengan teman lelakinya yang ganas, Nobuto Matori. Sambil bersembunyi, Tetsuo terdengar Nobuto mengaku pernah membunuh dan kini mahu mencederakan Reika. Demi melindungi keluarganya, Tetsuo membuat satu keputusan nekad. Kini, bapa biasa ini diburu oleh sindiket jenayah dan terpaksa terjun ke dunia gelap.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Ngeri,
- Jenayah
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kuranosuke Sasaki
- Kyohei Takahashi
- Asuka Saito
- Takuma Otoo
- Eisaku Yoshida
- Tae Kimura
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Hidup aman keluarga Tetsuo Tosu berakhir apabila dia terpaksa membuat keputusan yang amat berat.
M1:Ep2 Episod 2
Tetsuo cuba melupuskan mayat Nobuto secara rahsia bersama isterinya, Kasen.
M1:Ep3 Episod 3
Organisasi jenayah memerhatikan Reika. Dapatkah Tetsuo mencari jalan untuk melindungi keluarganya?
M1:Ep4 Episod 4
Tetsuo sekali lagi ditimpa kesusahan.
M1:Ep5 Episod 5
Kasen mencuba strategi tertentu, dan Tetsuo terserempak dengan orang yang patut dielakkan.
M1:Ep6 Episod 6
Tetsuo cuba memerangkap Kyoichi atas pembunuhan Nobuto, tapi Kyoichi menyusup masuk ke rumah Tosu.
M1:Ep7 Episod 7
Reika memutuskan untuk bertemu Kyoichi, tetapi Tetsuo merasakan Reika mungkin dalam bahaya.
M1:Ep8 Episod 8
Tetsuo makan malam terakhir dengan musuhnya, sedang tempoh mencari Nobuto semakin suntuk.
M1:Ep9 Episod 9
Kyoichi nekad melarikan diri daripada organisasi.
M1:Ep10 Episod Akhir
Pertarungan penentuan antara dua bapa bermula.