Apabila pereka ruang terkenal Korea, Lee Yubin, kehilangan segalanya, dia membawa diri ke sebuah pulau di Jepun. Di sana, dia bertemu Karin, petani strawberi yang cekal. Namun, berlaku salah faham. Bersiap sedialah untuk "Merry Berry Love," sebuah rom-kom masam manis Korea-Jepun.
Merry Berry Love
BUTIRAN
Selepas kehilangan semuanya, pereka ruang dari Korea, Lee Yubin, membawa diri ke sebuah pulau kecil yang indah di Jepun. Di Pulau Charo, dia bertemu Shirahama Karin, petani tabah yang berazam menanam strawberi walaupun menghidap penyakit misteri. Berasal dari dua dunia berbeza, mereka terlibat dalam salah faham. Sementara itu, bibit cinta turut berputik di pulau itu antara dua insan yang berbeza. Park Kunam, yang bercuti sambil bekerja, memutuskan untuk menetap selepas jatuh cinta dengan Mizuno Mari, pembaca kad tarot yang ironinya tidak dapat meramal kehidupan cintanya. Sambil melayari percintaan, mereka menjadi pembantu yang dipercayai oleh Yubin dan Karin. Bersiap sedialah untuk "Merry Berry Love," sebuah komedi romantik masam manis Korea-Jepun berlatarkan pulau yang indah.
Urutan atau corak cahaya berkelip tertentu mungkin memberi kesan kepada penonton yang sensitif terhadap cahaya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2026
- Genre:
- Drama,
- Komedi Romantik,
- Komedi,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Ji Changwook
- Mio Imada
- Nam Yoonsu
- Rinka Kumada
- Yasunori Danta
- Lee Hyoin
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episode 1
Kehilangan semuanya di Korea, Yubin ke sebuah pulau Jepun dan bertemu Karin, petani strawberi.
M1:Ep2 Episode 2
Selepas berpisah dalam konflik, Yubin kembali dan membantu Karin memulihkan ladangnya yang musnah.
M1:Ep3 Episode 3
Setelah tahu ayahnya pernah tinggal di rumah Karin. Yubin dan Karin meminta maklumat penduduk desa.
M1:Ep4 Episode 4
Hari pesta tiba. Strawberi Karin dan hasil pulau dipamerkan di gerai Yubin.
M1:Ep5 Episode 5
Ketika Karin berasa resah selepas mencium Yubin, kenalan lama Yubin tiba di pulau itu.
M1:Ep6 Episode 6
Ketiadaan Yubin amat dirasai Karin. Seorang tetamu tiba pada hari lahirnya.