Pemuzik muda Ian, Andy, Dario dan Ciro bertemu secara tidak sengaja di sebuah restoran apabila gitar berharga yang dipinjam oleh salah seorang daripada mereka hilang. Bersama-sama, mereka mesti mencari jalan untuk mendapatkannya semula dan memulangkannya kepada pemiliknya. Untuk mencapai matlamat mereka, mereka mesti menjadi kumpulan lelaki yang dikenali di Miami, walaupun baru mengenali antara satu sama lain.
4Ever
BUTIRAN
Pertemuan Ian, Andy, Dario dan Ciro bermula dengan satu pergaduhan di restoran. Mereka kemudiannya terjebak dalam masalah apabila sebuah gitar berharga hilang. Kini, mereka berempat mesti mendapatkannya semula sebelum pemiliknya sedar gitar itu dipinjam tanpa izin. Untuk itu, pemuzik-pemuzik berbakat ini perlu menakluki persada muzik Miami dengan menubuhkan sebuah band yang berjaya. Namun, apabila konflik peribadi dan pengkhianatan tercetus, hanya pencarian melodi unik yang dapat menyatukan mereka.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Sahabat,
- Muzik
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Christopher Vélez
- Erick Brian Colón
- Zabdiel de Jesús Colón
- Richard Camacho
- Virginia Alvarez
- Sonya Smith
EPISOD
M1:Ep1 Ian
Kehidupan Ian, Andy, Dario dan Ciro saling berkait selepas sebuah konsert dan pergaduhan.
M1:Ep2 Andy
Andy mahu menyatukan kugiran demi kontrak muzik. Ian cuba mendapatkan gitarnya kembali.
M1:Ep3 Dario
Dario mencadangkan kumpulan itu pergi ke pertunjukan bakat. Rahsia merumitkan hubungan band.
M1:Ep4 Ciro
Ciro bertemu semula dengan seorang yang sangat istimewa. Budak-budak tu cari cara nak move on.
M1:Ep5 Asal usul
Bila kumpulan ada peluang bersinar, hantu masa lalu ancam hancurkannya.