Apakah rahsia untuk menjadi podcaster wanita paling berpengaruh bagi generasinya? Ikuti Alex Cooper membuat persiapan untuk jelajah pertamanya dalam dokumentari dua bahagian yang menarik ini. Saksikan evolusinya, daripada seorang budak kekok yang membesar di Pennsylvania sehingga menjadi suara di sebalik Call Her Daddy, podcast yang mencetuskan perbualan baharu untuk wanita di mana-mana sahaja.
Call Her Alex
BUTIRAN
Apakah yang diperlukan untuk menjadi podcaster wanita paling berpengaruh dalam satu generasi? Ikuti Alex Cooper dalam dokumentari dua bahagian yang memukau ini sambil dia bersiap untuk jelajah pertamanya. Saksikan evolusi Cooper—daripada seorang gadis kekok di Pennsylvania kepada suara di sebalik Call Her Daddy, podcast yang mengubah cara wanita berbual tentang segalanya. Diarahkan oleh Ry Russo-Young ("Nuclear Family"), siri ini menawarkan pandangan intim di sebalik tabir tentang peristiwa penting yang membentuk perjalanan Cooper, yang membawanya daripada hos podcast seks dan janji temu pada usia 25 tahun kepada CEO empayar media dalam masa lima tahun sahaja. Lebih daripada kisah kejayaan, ia potret seorang wanita yang mencipta ruang agar suara wanita didengari, dihargai dan diperkasakan.
- Tarikh Pelancaran:
- 2025
- Genre:
- Gaya Hidup,
- Siri Dokumentari
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Alex Cooper
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Bahagian Satu
Dedahkan bagaimana zaman kecil dan karier bola sepak kolej membentuk suara Alex.
M1:Ep2 Bahagian Dua
"Call Her Daddy" bermula sebagai podcast seks dan berkembang menjadi empayar media.