Assembled: The Making of the Falcon and the Winter Soldier
Assembled: The Making of the Falcon and the Winter Soldier
TV-PG
Perihal Audio
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
20211 j 2 m
Dokumentari

Saksikan di sebalik tabir siri terobosan baharu ini. Ketahui cara pelakon dan kru merakamkan aksi hebat yang merentasi dunia, mengembalikan watak kegemaran peminat seperti Sharon Carter (Emily VanCamp) dan Zemo (Daniel Bruhl), serta memperkenalkan watak baharu untuk menyajikan apa yang dinantikan peminat daripada Marvel Cinematic Universe.

Assembled: The Making of the Falcon and the Winter Soldier

BUTIRAN


Selepas peristiwa besar dalam "Avengers: Endgame", Sam Wilson, si Falcon, dan Bucky Barnes, si Winter Soldier, kembali beraksi. Mereka terpaksa bekerjasama menentang ancaman global (dan kadang-kadang, sesama sendiri) dalam siri Disney+, "The Falcon and The Winter Soldier". Siri ini menjanjikan debaran dan kejutan yang biasa dijangka daripada Marvel Cinematic Universe. Tapi, bagaimanakah siri ini dihasilkan? Bersiap sedia, peminat setia! Dalam episod ASSEMBLED ini, Anthony Mackie, Sebastian Stan, serta barisan pelakon dan kru bersedia membawa anda ke sebalik tabir pembikinan siri MCU terbaharu yang padat dengan aksi ini!



Ketahui bagaimana, mengikut gaya Marvel sejati, bibit-bibit gandingan dua watak ini bermula sejak "Captain America: The Winter Soldier" lagi, dan bagaimana momentumnya terus berkembang dalam filem-filem berikutnya sehingga membawa mereka ke landasan pertembungan yang tidak dapat dielakkan ini. Dengar bagaimana para pencipta siri ini menggunakan jalan cerita watak-watak ini bersama keserasian dinamik antara Mackie dan Stan sebagai landasan untuk meneroka perjalanan mereka mencari tempat dalam dunia "pasca-blip" yang aneh ini, sambil berdepan dengan legasi Captain America. Para pelakon dan kru akan bercerita tentang adunan istimewa yang mereka hasilkan dengan menggabungkan genre debaran perisik dan komedi rakan polis, sambil memastikan penceritaan sentiasa mendalami watak-watak yang kaya ini. Saksikan bagaimana pasukan ini merakam aksi hebat di serata dunia, mengembalikan watak kegemaran peminat seperti Sharon Carter (Emily VanCamp) dan Zemo (Daniel Bruhl), serta memperkenalkan watak-watak baharu. Semua yang anda ingin tahu tentang penciptaan siri yang luar biasa ini ada di sini dalam "ASSEMBLED: The Falcon and The Winter Soldier".



Sesetengah babak atau corak cahaya berkelip mungkin menjejaskan penonton yang fotosensitif.

Durasi:
1 j 2 m
Tarikh Pelancaran:
2021
Genre:
Dokumentari
Klasifikasi:
TV-PG
Pengarah:
Bradford Baruh

Anda Juga Mungkin Suka

  • thumbnail - Assembled: The Making of Hawkeye
  • thumbnail - Assembled: The Making of WandaVision
  • thumbnail - Assembled: The Making of Black Widow
  • thumbnail - Assembled: The Making of The Marvels
  • thumbnail - Di Sebalik Tabir Doctor Strange Di Alam Berbilang.
  • thumbnail - Assembled: The Making of What If...?
  • thumbnail - Assembled: The Making of Loki Season 2
  • thumbnail - Assembled: The Making of Loki