Ryota Moriyama, pelajar tahun akhir Universiti Kyoritsu, dapat tawaran kerja hebat tetapi ditinggalkan oleh Saki Nishino. Profesornya pula meletakkan syarat: dia hanya boleh graduasi jika menyertai kelab sumo dan bertanding sekurang-kurangnya sekali. Masalahnya, kelab sumo itu hampir dibubarkan dan hanya ada seorang ahli sejak dua tahun lalu, iaitu Honoka Oba. Demi segulung ijazah, Ryota terpaksa bertahan dengan latihan ketat Honoka sambil berusaha mencari ahli baharu.
Sumo Do, Sumo Don't!
BUTIRAN
Ryota Moriyama, pelajar tahun akhir Universiti Kyoritsu, dapat tawaran kerja tetapi tak cukup kredit untuk graduasi. Profesornya meletakkan syarat: dia mesti sertai kelab sumo. Satu-satunya ahli kelab ialah Honoka Oba, pelajar tahun dua dan ahli sumo handalan yang enggan menerima Ryota. Ryota merekrut ahli baharu supaya kelab itu dapat menyertai kejohanan. Walaupun latihan amat berat, Ryota dan yang lain berusaha gigih. Pada masa yang sama, Ryota mula jatuh hati pada Honoka. Dalam kisah sumo dan cinta ini, semua orang berdepan situasi yang tidak dijangka.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Drama,
- Komedi,
- Sukan
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Hayama Shono
- Rikka Ihara
- Sato Megumi
- Hiromasa Taguchi
- Shimizu Misa
- Takenaka Naoto
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Ryota terima tawaran kerja, tapi dia takkan lulus kalau tak masuk kelab sumo.
M1:Ep2 Episod 2
Ryota berusaha merekrut lebih ramai ahli untuk kejohanan yang semakin hampir.
M1:Ep3 Episod 3
Honoka terserempak dengan Aoki Tomio, alumni kelab sumo Kyoritsu yang dibenci oleh para alumni.
M1:Ep4 Episod 4
Ren, Yuma, Ryota dan Shun bersaing dalam kejohanan berpasukan demi kemenangan pertama mereka.
M1:Ep5 Episod 5
Kejohanan wanita berakhir dengan kekecewaan. Ryota menjauhkan diri daripada sumo.
M1:Ep6 Episod 6
Kelab Sumo Kyoritsu menyertai kem musim panas bersama Hokuto Gakuin.
M1:Ep7 Episod 7
Selepas tahu Honoka dan Yoshioka akan dating, Ryota setuju untuk mengawasi mereka bersama Mayu.
M1:Ep8 Episod 8
Ketika Ryota berbelah bahagi antara Saki dan Honoka, kejohanan wanita pun bermula.
M1:Ep9 Episod 9
Ryota dan yang lain meminta bimbingan Honoka untuk meraih kemenangan pertama mereka.
M1:Ep10 Episod 10
Kyoritsu menentang Hokuto Gakuin untuk layak ke kejohanan campuran.