"This Fool" ialah komedi selamba dan sinematik yang berlatarkan kehidupan golongan pekerja di South Central Los Angeles. Kisahnya tentang Julio Lopez, lelaki 30 tahun yang masih tinggal di rumah, hubungan cintanya dengan kekasih zaman sekolah asyik putus sambung, dan sentiasa mencari alasan untuk lari daripada masalah sendiri.
This Fool
BUTIRAN
"This Fool" ialah sebuah komedi setengah jam yang sinematik dan selamba, berlatarkan kehidupan kelas pekerja di South Central Los Angeles. Siri ini mengisahkan Julio Lopez, seorang lelaki berusia 30 tahun yang masih tinggal bersama keluarganya. Hubungannya dengan teman wanita sejak zaman sekolah sering putus sambung, dan dia sentiasa mencari alasan untuk mengelak daripada menyelesaikan masalahnya sendiri. Julio bekerja di Hugs Not Thugs, sebuah badan bukan untung yang memulihkan bekas ahli geng. Di sana, dia sering bertelagah dengan sepupunya yang lebih tua, Luis, seorang bekas ahli geng yang baru dibebaskan dari penjara dan kini tinggal bersama Julio sekeluarga.
- Tarikh Pelancaran:
- 2022
- Genre:
- Komedi
- Klasifikasi:
- Pencipta:
- Pat Bishop
- Chris Estrada
- Matt Ingebretson
- Pelakon:
- Chris Estrada
- Frankie Quiñones
- Laura Patalano
- Michelle Ortiz
- Julia Vera
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Ribut Akan Datang
Julio mendapat klien baharu sebagai pekerja kes di Hugs Not Thugs.
M1:Ep2 Belasah
Luis kembali ke perangai lamanya apabila musuh lama mencabarnya untuk bertarung.
M1:Ep3 Emosi Timothy
Julio mengambil langkah berani untuk melupakan Maggie.
M1:Ep4 Dan Mama Kau Juga
Hari lahir Julio! Dan dia sedih! Dan dia rindukan Maggie
M1:Ep5 Kata Sandy
Telatah Luis membawanya ke terapi, di mana dia menyelami emosi terdalamnya.
M1:Ep6 Los Botes
Luis menjalin pakatan luar biasa dengan Maria.
M1:Ep7 Jadi atau Biarkan
Maggie memaksa Julio pergi mendaki, sementara Luis menjaga Aiden dan Michael.
M1:Ep8 Hasutan Syaitan
Luis sanggup buat apa sahaja untuk lari daripada dosa silamnya.
M1:Ep9 Jahanam Orang Kaya
Hugs Not Thugs kesempitan wang, jadi Julio membantu Menteri Payne memenangi hati dua orang jutawan.
M1:Ep10 Permulaan Baru
Luis bersedia untuk melangkah ke hadapan dengan bergraduasi dari Hugs Not Thugs.