Tahun Ketujuh Zaman Kowa. Di bekas Blok Hokkaido, tinggal dua beradik yang digelar Askar Upahan Tanpa Nama. Maharaja Callis al Britannia cuba menjerumuskan dunia ke dalam huru-hara dengan bantuan orang kanannya, Norland, dan Kesatria Einberg. Rozé dan Ash bangkit menentang dari utara.
Code Geass: Roze of the Recapture
BUTIRAN
Tahun Ketujuh Era Kowa. Di Blok Hokkaido yang ditakluki Empayar Neo-Britannia, hidup dua beradik askar upahan: Askar Upahan Tiada Nama. Si abang, Ash, handal bersukan dan mahir mengawal Knightmare Frame. Si adik, Rozé, pula bijak merancang strategi dan menguruskan risikan. Selama empat tahun, maharaja ke-100, Callis al Britannia, cuba mencetuskan huru-hara di dunia, dilindungi oleh Tembok Situmpe yang kebal. Dialah yang pernah menggagalkan rancangan pembebasan Black Knights, dan kini dibantu oleh Norland serta Kesatria Einberg. Setelah menerima satu tugasan, Rozé dan Ash berganding bahu dengan kumpulan penentang Tujuh Bintang Bersinar untuk menentang Empayar demi menyelamatkan Puteri Sakuya.
- Tarikh Pelancaran:
- 2024
- Genre:
- Aksi dan Pengembaraan,
- Animasi,
- Anime Jepun,
- Cereka Sains
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Kohei Amasaki
- Makoto Furukawa
- Reina Ueda
- Miyu Tomita
- Takaya Kuroda
- Hiroki Yasumoto
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Salji Mencair
Adik-beradik Rozé dan Ash bertindak di Tanah Utara yang kini ditakluki oleh Empayar Neo-Britannia.
M1:Ep2 Dinding Ais
Rozé dan Ash menjalankan misi untuk menyelamatkan Kensei Kuroto, ketua Tujuh Bintang Bersinar.
M1:Ep3 Raspberi
Rozé dan Ash masing-masing berehat selepas bertempur dengan Neo-Britannia.
M1:Ep4 Perikatan
Sebuah kapal pengangkut tiba dengan bekalan, diiringi model Knightmare Frame yang baharu.
M1:Ep5 Damocles
Operasi menyelamat orang Jepun daripada Sky Fortress Damocles dan F.L.E.I.J.A. dilancarkan.
M1:Ep6 Lavender
Di bawah arahan Kuroto, Stars, Rozé dan Ash terpaksa membuat keputusan untuk hentikan Damocles.
M1:Ep7 Bulan Samar
Rozé yang menyangka Ash musuh bapanya, mengunjungi Rumah Lavender, tempat Ash dibesarkan.
M1:Ep8 Emas
Gara-gara siasatan Christoph tentang rahsia Geass, markas penentang diserbu.
M1:Ep9 Set semula
SSS hancur luluh dan Rozé buntu. Mereka menerima risikan tentang satu cadangan damai.
M1:Ep10 Ombak Ungu
Jentera misteri mencetuskan ketakutan dan kekeliruan. Kuasa jahat ini semakin mendekati Sakura.
M1:Ep11 Kuasa Dahsyat
Bagi menggagalkan rancangan jahat Norland, Rozé melancarkan operasi untuk menidakkan Tembok Situmpe.
M1:Ep12 Pecah Fajar
Kecewa dengan musuh, Ash mengubah sumpahan Geass menjadi ikrar dan menghadapi pertempuran terakhir.