Jeongnyeon: The Star is Born
Jeongnyeon: The Star is Born
16+
Sari Kata / Kapsyen Tertutup
2024 • 1 Musim
Drama, Pendewasaan, Muzik

Tahun 1950-an, era yang penuh dengan impian dan cita-cita pasca-Perang Korea. Jeongnyeon, seorang gadis bersuara emas, memulakan perjalanan untuk menjadi pelakon terhebat gukgeuk, opera klasik wanita Korea, lalu berdepan dengan persaingan, perpaduan dan kematangan.

Jeongnyeon: The Star is Born

BUTIRAN


Jeongnyeon, seorang gadis dari Mokpo yang bersuara merdu, hanya mahu membantu keluarganya keluar dari kemiskinan. Ketika menyanyi di pasar, dia bertemu Okgyeong, bintang gukgeuk terhebat pada zamannya.


Melalui Okgyeong, Jeongnyeon menemui gukgeuk, opera klasik wanita Korea, dan terus terpukau dengan seni itu. Walaupun ditentang ibunya, Jeongnyeon menyertai Maeran Gukgeukdan di Seoul. Kini, tumpuannya hanya satu: menjadi pelakon gukgeuk terbaik selepas Okgyeong!


Jeongnyeon sentiasa yakin dengan nyanyiannya, tetapi dia tercabar dengan kehadiran Youngseo, seorang pelatih gukgeuk elit. Apabila dia mula menyaingi Youngseo, Jeongnyeon berdepan cabaran yang tidak dijangka. Ini ialah kisah pendewasaan tentang persaingan, perpaduan dan perjalanan untuk menjadi pelakon gukgeuk terhebat.

Tarikh Pelancaran:
2024
Genre:
Drama,
Pendewasaan,
Muzik
Klasifikasi:
16+
Pelakon:
Kim Taeri
Shin Yeeun
Ra Miran
Jung Eunchae
Kim Yoonhye
Woo Davi
Kategori:
Siri

EPISOD


  • thumbnail - M1:Ep1 Babak 1

    M1:Ep1 Babak 1

    Jeongnyeon, seorang penyanyi berbakat, terdesak untuk melarikan diri dan menemui dunia gukgeuk.

  • thumbnail - M1:Ep2 Babak 2

    M1:Ep2 Babak 2

    Jeongnyeon diterima masuk ke Maeran Gukgeukdan dan kini perlu membuktikan kelayakannya.

  • thumbnail - M1:Ep3 Babak 3

    M1:Ep3 Babak 3

    Semasa bergelut menjiwai watak, Jeongnyeon berdepan krisis di persembahan sulungnya.

  • thumbnail - M1:Ep4 Babak 4

    M1:Ep4 Babak 4

    Jeongnyeon didapati bekerja di kedai kopi. Dia kemudiannya menemui rahsia Youngseo.

  • thumbnail - M1:Ep5 Babak 5

    M1:Ep5 Babak 5

    Jeongnyeon terkejut dengan rahsia ibunya dan niat jahat Jongkook sejurus sebelum debutnya.

  • thumbnail - M1:Ep6 Babak 6

    M1:Ep6 Babak 6

    Jeongnyeon rasa aneh Jooran & Youngseo rapat & melakukan kesilapan besar di atas pentas.

  • thumbnail - M1:Ep7 Babak 7

    M1:Ep7 Babak 7

    Dilarang beraksi, Jeongnyeon sedar akan kesilapannya. Sementara itu, Jooran pula cedera.

  • thumbnail - M1:Ep8 Babak 8

    M1:Ep8 Babak 8

    Tekanan uji bakat terlalu berat, Jeongnyeon nekad membuat pilihan berbahaya.

  • thumbnail - M1:Ep9 Babak 9

    M1:Ep9 Babak 9

    Jeongnyeon rebah dan pelbagai isu dalaman serta luaran Maeran menjejaskan persembahan bersama.

  • thumbnail - M1:Ep10 Babak 10

    M1:Ep10 Babak 10

    Sobok dan Youngseo meluahkan isi hati di Mokpo. Yongrye membuat keputusan berani demi Jeongnyeon.

  • thumbnail - M1:Ep11 Akta 11

    M1:Ep11 Akta 11

    Jeongnyeon kembali ke kumpulan yang huru-hara. Sobok rebah dan Jooran membuat pengumuman.

  • thumbnail - M1:Ep12 Akta 12

    M1:Ep12 Akta 12

    Tirai dibuka untuk pertandingan akhir Jeongnyeon dan Youngseo bagi merebut gelaran putera gukgeuk.

Anda Juga Mungkin Suka