Suho dan Hyeonseo, yang pernah bercinta selama enam tahun, bertemu semula sebagai CEO muda yang kaya dan guru piano. K bekerjasama dengan Suho dalam satu projek dan mempelawa Hyeonseo untuk menyertai mereka. Suho dan Hyeonseo mengharungi perjalanan cinta yang berliku dan penuh kejutan. Adakah sejarah bakal berulang?
Soundtrack #2
BUTIRAN
Suho dan Hyeonseo, yang pernah bercinta selama enam tahun, bertemu semula sebagai CEO muda yang kaya dan guru piano yang telah melepaskan impiannya. Walaupun pertemuan itu janggal, mereka memulakan kelas piano untuk tujuan masing-masing. Sementara itu, pemuzik berbakat K menerima tawaran Suho untuk projek kolaborasi dan menjemput Hyeonseo sebagai rakan kongsi. Rimas dengan gandingan ini, Suho mencadangkan agar mereka tinggal dan bekerja di rumahnya, lalu mencetuskan ketegangan antara mereka bertiga. Suho keliru selepas mengetahui sebab sebenar Hyeonseo meninggalkannya. Hyeonseo bimbang tentang kesihatan Suho, manakala K tidak menyembunyikan perasaannya terhadap Hyeonseo. Perjalanan cinta Suho dan Hyeonseo yang penuh liku pun bermula. Adakah sejarah akan berulang kembali?
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Muzik,
- Percintaan
- Klasifikasi:
- Dibintangi:
- Keum Saerok
- Noh Sanghyun
- Sohn Jeonghyuck
- Kwon Seungwoo
- Jeon Hyejin
- Koharu
EPISOD
M1:Ep1 Episod 1
Suho & Hyeonseo, yang pernah bercinta 6 tahun, bertemu semula sebagai CEO & guru piano.
M1:Ep2 Episod 2
Suho dan Hyeonseo memulakan sesi pertama yang tegang, dan K cuba pujuk Hyeonseo untuk bekerjasama.
M1:Ep3 Episod 3
Suho, Hyeonseo dan K tinggal bersama dan mengusahakan projek muzik mereka.
M1:Ep4 Episod 4
Suho dan Hyeonseo berbual tentang perpisahan mereka buat kali pertama, dan suasana menjadi janggal.
M1:Ep5 Episod 5
Suho dan Hyeonseo bangun bersama, membuatkan Suho keliru tentang hubungan mereka.
M1:Ep6 Episod 6
Suho dan Hyeonseo kembali bercinta, tapi bukan semuanya indah.