Sejak kehilangan pendengarannya semasa kecil, seniman Cha Jinwoo sudah terbiasa hidup menyendiri. Suatu hari, seorang bakal pelakon, Jung Moeun, memasuki dunianya yang sunyi. Melodrama klasik yang menenangkan ini mengisahkan cinta dan komunikasi antara dua insan yang berbicara dengan tangan dan mendengar dengan hati.
Tell Me That You Love Me
BUTIRAN
"Saya tak dengar langkah orang, jadi saya jaga jarak agar tiada siapa yang cedera."
"Sejak bertemu awak, saya sedar ada banyak cara untuk meluahkan rasa, walaupun tanpa kata-kata."
Cha Jinwoo, seorang pelukis yang hilang pendengaran sejak kecil, sudah biasa hidup bersendirian. Satu hari, Jung Moeun, seorang pelakon baharu, muncul dalam kehidupannya yang sunyi. Melodrama klasik yang menenangkan ini mengisahkan cinta dan komunikasi antara dua insan yang berbicara dengan tangan dan mendengar dengan hati.
- Tarikh Pelancaran:
- 2023
- Genre:
- Drama,
- Percintaan,
- Drama Lipur Lara
- Klasifikasi:
- Pelakon:
- Jung Woosung
- Shin Hyunbeen
- Kategori:
- Siri
EPISOD
M1:Ep1 Sapa / Salam
Jinwoo dan Moeun terserempak di Jeju. Dia geram kerana Jinwoo asyik mengabaikannya.
M1:Ep2 Kord
Jinwoo dan Moeun bertemu semula di Seoul dan cuba kenal lebih rapat, tapi bukan senang.
M1:Ep3 Air Mata
Jinwoo dan Moeun semakin rapat. Namun, Jinwoo rasa bersalah dan cuba menjauhkan diri.
M1:Ep4 Empati
Jinwoo kembali selepas hilang berhari-hari. Dia rasa bersalah kerana tidak berada di sisinya.
M1:Ep5 Hormat saya
Pementasan Moeun berjaya berkat sokongan Jinwoo, dan perasaannya terhadap Jinwoo semakin mendalam.
M1:Ep6 Peneman
Jinwoo keliru dengan kehadiran Seokyung. Moeun pula cemburu akan kefasihan bahasa isyaratnya.
M1:Ep7 Permulaan
Jinwoo dan Moeun memulakan hubungan bahagia, dan Seokyung memberinya satu tawaran.
M1:Ep8 Pengaruh
Seokyung mencadangkan Jinwoo mengadakan pameran. Johan menyedari perasaannya terhadap Moeun.
M1:Ep9 Alasan
Jinwoo berjumpa ibu bapa Moeun, dan Moeun mendapati Jinwoo dan Seokyung pernah bercinta.
M1:Ep10 Keberanian
Moeun menyokong pameran Jinwoo, tapi dia resah melihat Jinwoo dan Seokyung kerap bertemu.
M1:Ep11 Hasrat
Jinwoo ditangkap sejurus sebelum pameran. Moeun ternampak Jinwoo dan Seokyung bergaduh.
M1:Ep12 Rahsia
Moeun murung kerana Jinwoo dan Seokyung. Johan pula datang untuk mendengar rahsianya.
M1:Ep13 Pengakuan
Jinwoo dan Moeun cuba menyelesaikan salah faham, tetapi konflik antara mereka semakin mendalam.
M1:Ep14 Imbasan
Moeun tak sengaja terbaca mesej Seokyung kepada Jinwoo. Dia ajak Seokyung berjumpa.
M1:Ep15 Sampai ke penghujungnya
Jinwoo dan Moeun semakin renggang. Mereka cuba berbaik semula, tetapi ia bukan mudah.
M1:Ep16 Simpati
Jinwoo dan Moeun baru sedar yang mereka menemui cinta sejati melalui kebersamaan mereka.